Wednesday, December 19, 2018

Perjalanan Haji 2018 Suhaimi & Suziyanti (Episod 11)

Perjalanan Haji 2018
Suhaimi & Suziyanti
(Episod 11)
Selasa 21/8/18 (10 Zulhijjah 1439H)
Selepas bersarapan di Dewan Makan, kami naik ke bilik masing-masing dan berehat.
Lebih kurang jam 11pg bergerak ke MasjidilHaram untuk solat Zuhur. Kemudian balik ke hotel.
Solat asar pula semua jemaah ulang-alik dinasihatkan untuk standby bas akan tiba bila-bila masa. Sebelum azan asar petugas maklumkan bas telah tiba di Hotel Mira. Ada jemaah terus ke Hotel Mira & solat di sana. Kami solat berjemaah di lobi Hotel Rayyana kemudian bergerak pantas ke Hotel Mira. Jalan kaki lebih kurang 600m. Sampai di sana dah beratur bas untuk membawa kami ke Mina ( Jamrah) untuk bermabit.
Bas bergerak membawa jemaah ulang-alik. Kalau tak silap ada 4 bas. Sepanjang perjalanan nampak ada jemaah berjalan kaki dari Mina ke Mekah/Mekah ke Mina.
Bas tidak berhenti di hadapan Jamrat. Maka jemaah perlu berjalan kaki menuju kawasan Jamrat. Jumlah jarak lebih kurang 1km. Ada lalu terowong dari arah Shisa yg jarak lebih kurang 760m. Namun begitu ada perkhidmatan kerusi roda untuk jemaah yang tak larat (bayaran sendiri). Memang best tgk petugas2 kerusi roda ni sorong. Laju betul!
Keluar dari terowong tu tak jauh dah tempat melontar Jamratul Kubro (Aqobah). 7 biji batu dah diagihkan semasa di hotel sebelum naik bas tadi (boleh juga ambil lebih utk standby ๐Ÿ˜ƒ). Berdebar juga, pertama kali nak melontar ni.
"Bismillahi wallahu akbar..."
Alhamdulillah selesai melontar Jamratul Kubro (Aqobah).
Kemudian kami dibawa ke kawasan khemah 112. Dan jemaah boleh ambil tempat di sekitar/tepi jalan/padang etc. Semasa bermabit, pihak polis akan datang mengarahkan jemaah ke tempat lain atau membunyikan siren sekiranya kawasan tersebut terlampau sesak. Maka terpaksa berpindah cari tempat lain. Bersyukur sangat bawa kerusi lipat Mr DIY. ๐Ÿ˜„. Berehat, mengaji, berzikir, makan, minum, solat maghrib & isyak di tepi jalan bersama jemaah Zahafiz dan negara lain pun ada.
Kelihatan juga jemaah-jemaah lalu lalang menuju jamrah sambil bertakbir raya. Sambung syahdu ...
Cukup masa bermabit, kami bergerak ke bas. Berjalan kaki lebih kurang 1km ke bas di seberang terowong nunnn. Dan pulang ke hotel. Seperti dijangka banyak jalan ditutup, kami terpaksa tukar bas merah (Saptco) dari Kudai ke hentian di belakang Clock Tower. Jalan kaki lebih kurang 500m juga la ke hotel sambil tersengguk-sengguk mengantuk tengah2 pagi ๐Ÿคฃ

No comments: