Perjalanan Haji 2018
Suhaimi & Suziyanti
Episod 29 (Ujian kesihatan di tanah suci)
Selepas masyaer haji (1439H/2018M), tekak mula terasa perit dan hidung berair. Stok ubatan yang dibawa dari tanahair dah siap2 telan. Namun tak berkurang nampaknya. Memandangkan kami jemaah furada tidak dapat kemudahan menggunakan khidmat klinik TH, maka boleh terus dapatkan rawatan di luar atau pun beli ubat di farmasi. Jangan risau, farmasi di Mekah/Madinah memang banyak, tetapi boleh tahan harganya agak tinggi berbanding kita beli di . Maka beli la ubat di farmasi dan farmacist beri penerangan kena makan sekian2 ubat. 3 jenis ubat berharga SAR153. Uniknya, dia garis-garis di kotak untuk menandakan kena makan berapa kali sehari. 1 garisan bermaksud sekali makan, 2 garisan bermaksud 2 kali makan sehari . Alhamdulillah serasi makan ubat yang dibeli dan berkurang selesema dan batuk berkahak.
Mungkin semasa dalam ihram tak boleh tutup muka/cover muka dgn niqab/facemask, debu2 pasir halus berterbangan menusuk hidung dan tekak. Dan semasa musim haji terlalu ramai umat islam dari seluruh pelusuk dunia datang berkumpul. Maka macam2 jua jenis virus2 boleh berjangkit. Antara pencegahan yang kita boleh ambil, jangan lupa dapatkan suntikan wajib sebelum pergi umrah/haji...
Antara "petua" yang boleh diamalkan untuk menjaga kesihatan sepanjang musim haji :
1) banyakkan minum air zamzam. Syukur di sana tak putus bekalan air zamzam. Di sekitar masjid banyak tong2 air zamzam atau pun paip2 yang berlabel air zamzam. Di hotel pun setiap aras ada dibekalkan tong air zamzam. Alhamdulillah seronok free flow dapat minum air terbaik di dunia. Sebelum berangkat jiranku kak hajjah Maz berikan hadiah botol air tupperware 2 biji (pink utk saya & biru utk abg aji). Sangat beri manfaat, mudah nak refill ulang alik bawa air zamzam ke mana-mana. Idea yang bagus sekiranya sahabat mencari idea utk diberi kepada bakal haji.
2) Selain itu, setiap hari ulang alik masjid kami akan singgah kedai aiskrim untuk beli aiskrim vanilla. Syukur dapat melegakan tekak. Sedap sungguh makam aiskrim dalam keadaan cuaca yang agak panas pada musim haji lepas (40-50 darjah celcius).
3)Minum jus nenas. Yang ni petua dari jemaah lain. Syukur sangat berkesan kepada beliau katanya. Saya pula memang suka sangat beli jus mangga jenama Ceasar.
Yang utama sekali sentiasa berdoa kepada Allah agar kita sentiasa diberikan kesihatan yang baik. Semoga kita dapat kerjakan ibadah haji/umrah dengan lancar dan dianugerahkan haji mabrur/umrah maqbul.
https://www.facebook.com/suziyanti/posts/10157826075473538