Saturday, January 19, 2019

Perjalanan Haji 2018 Suhaimi & Suziyanti (Episod 20)

Perjalanan Haji 2018
Suhaimi & Suziyanti
(Episod 20)
6 September 2018
Kami dijadualkan bertolak ke Madinah selepas zuhur. Kami buat tawaf wada' 6 pusingan sebelum zuhur, solat jemaah dan habiskan 1 lg pusingan. Antara saat paling berat hati ni bila nak meninggalkan bumi mekah. Sedihnya ... ya Allah moga kau jemput kami lagi ke rumahMu ya Allah.
Tiba di hotel kami makan tengahari dan naik ambil beg tarik (handcarry) dan turun semula ke lobi. Sebelum tu bersalaman berpelukan dengan roomate. Selamat tinggal kak ida & kak nik, saya dan che timah balik dulu. Kak ida & kak nik temankan tunggu bas di bawah. Huhuhu sedihnya.
Kami perlu tunggu bas mengikut maktab masing-masing. Dalam bas kami lebih kurang 30 jemaah. Kelainan jemaah haji ni lepas bergerak naik bas tinggalkan mekah (lebih kurang sejam lebih perjalanan) perlu ke satu stesen maktab "pilgrim grouping centre" untuk urusan passport. Di sana dibekalkan 1 kotak makanan (penuh isi sedeqah2 ada biskut, air dll) dan 1 botol comel air zamzam.
Bas berhenti sebentar untuk jemaah tunaikan solat asar di hentian stesen minyak. Kemudian kami teruskan perjalanan. Dah hampir sampai madinah bas berhenti di hentian biasa (masa umrah pun selalu bas berhenti di sini). Kami solat jamak maghrib & isyak. Di sini kami makan bersama keluarga Hj Salim (kak siti & che timah). Di hentian di jugalah saya tak lepaskan peluang beli kunafa. Murah di sini. 1 bekas SAR7 shj, berbanding di Safwah tower menjangkau SAR15-SAR20.
Hampir tiba di madinah, bas perlu berhenti di stesen maktab "Al-Hejrah Checkpoint" untuk urusan passport lagi. Kat sini lah agak makan masa lama sedikit. Bas-bas panjang beratur untuk urusan jemaah-jemaah masuk madinah. Bangun tido bangun tido tak tiba2 lagi, masih dalam basπŸ˜…. Kalau jemaah umrah tak perlu lalui proses ni. Kira pengalaman baru lah.
Kami sampai di Madinah terus dibawa ke hotel Sofaraa Alhuda. Makan malam (kategori sahur sbb tengah pagi dah πŸ˜…). Masa tu petugas panggil nama untuk edaran bilik. Berdebar juga siapalah roomate di madinah ni. Dapat sama dengan Che Timah lg ke tak ni. Nama dipanggil satu demi satu. Surprise nya di Madinah ni masing-masing dapat bilik berdua πŸ˜ƒ. Kalau datang dgn pasangan dapat lah stay bersama pasangan masing-masing. Bilik hotel kami di Sofaraa Al-Eiman. πŸ’•

3 comments:

Mat Som Sadona said...

Assalamualaikum Hjh Suzi
Tahniah puan dah tunaikan rukun Islam yang kelima
Pada usia masih muda
Saya masih menunggu waktu
Jika tidak kerana komen Hjh Suzi itu tentu saya dah tak menjenguk blog kawan-kawan. Sebab blog sendiri pun jarang nak tengok... Maafkan saya
Rupa-rupanya perkembangan Puan Hjh terlalu pantas dan terkehadapan
Tentu anak-anak Puan Hjh Suzi dah besar-besar ya..
Teruskan menulis
In sha Allah saya akan singgah selalu

Mat Som Sadona said...

Assalamualaikum Hjh Suzi

Sz said...

Waalaikumussalam Cikgu MS,
Masya Allah saya pun baru menjenguk blog ni .. hihihi
Alhamdulillah saya pun tumpang gembira melihat perkembangan cikgu dan keluarga.
Anak-anak sekarang semakin membesar, 15 tahun, 12 tahun, 10 tahun, 7 tahun & baby 7 bulan