Tuesday, December 11, 2018

Perjalanan Haji 2018 Suhaimi & Suziyanti (Episod 10)

Perjalanan Haji 2018
Suhaimi & Suziyanti
(Episod 10)
Isnin 20 Ogos 2018M (9 Zulhijjah 1439H)
Apabila masuk nya waktu maghrib maka berakhirlah wukuf di Arafah. Macam-macam perasaan ada, hiba, sedih mengenangkan entah bila lagi akan merasai suasana ini, saat semua doa diangkat Allah dan gembira/terharu dapat melaksanakan Rukun Haji yang utama.
Sesungguhnya menyempurnakan haji dengan wukuf di padang Arafah merupakan rukun haji yang sangat agung seperti sabda Rasulullah SAW:
الْحَجُّ عَرَفَةُ
Maksudnya: ''Haji itu berada di Arafah.''
Riwayat Ibnu Majah (3015),al-Nasaie (3016),Ibnu Khuzaimah (2822) di dalam Sohihnya,Imam Ahmad (18774) di dalam Musnad.
Selepas solat Maghrib & Isyak berjemaah (Jamak Tamam), kami terus bersiap-siap untuk bergerak ke Mudzalifah. Jemaah dibahagikan mengikut bas masing-masing yang disewa khas oleh pihak Zahafiz.
Sebelum kerja haji bermula lagi kami telah diberi taklimat berkenaan pergerakan pakej ulang-alik dan permasalahan yang mungkin menjadi kesukaran kepada jemaah-jemaah. Maka kami telah menyiapkan fizikal dan mental bakal memerlukan pergerakan yang pantas dan banyak berjalan kaki dari satu point ke satu point.
Jarak antara khemah kami ke bas lebih kurang 500-1000 meter. Bas sewa khas terpaksa ditempatkan di seberang jalan dan jemaah terpaksa melintas pembahagi jalan yang agak tinggi untuk ke bas. Masa tu memang rasa sangat bersemangat bagaikan pasukan beruniform yang ada aktiviti menyusup2 pagar ni (Mak aji - mak aji semua fit steady langkau tembok tinggi & susup pagau 😅). Keadaan lalulintas adalah sibuk namun petugas ada untuk bagi hint ok lintasssss.
Selepas itu bas bergerak ke Mudzalifah untuk bermabit. Masing-masing agak keletihan juga sebab daripada sebelum zuhur memang full swing tenaga fokus untuk aktiviti berwukuf di Arafah. Cukup masa bermabit di Mudzalifah, bas pun bergerak ke hotel. Namun berikutan jalan banyak ditutup, kami diturunkan di terowong bawah tanah dan naik melewati hotel Swissotel terus ke Rayyana Hotel. Tiba di hotel kami letak beg-beg sahaja dan siapkan diri untuk ke masjid.
Jam hampir 3pagi namun kami semangat untuk terus ke MasjidilHaram menyelesaikan rukun haji (tawaf, saie serta bergunting/bercukur) bagi Tahallul Awwal (terlepas 10 larangan ihram).
Kami terus menuju ke kaabah dan mulakan tawaf haji.Cukup 7 pusingan, beredar luar pusingan tawaf dan tunaikan solat sunat tawaf. Selepas itu kami melaksanakan saie (ulang alik 7 kali antara bukit Safaa & Marwa). Apabila kepenatan kami berhenti sebentar minum air zamzam & nap sekejap. Rasa mengantuk sangat. Selesai saie, saya bergunting. Syukur saya selesai bertahallul awwal. Suami tunggu nak terus bercukur kepala di luar nanti.
Solat subuh berjemaah & solat jenazah di kawasan Saie. Kedengaran jemaah bertakbir raya. Allahuakbar sayunyaaa hati ...
baru teringat anak2, mak abah, adik beradik ipar duai, anak sedara, sedara mara, jiran-jiran, kawan-kawan, raya, ketupat, rendang, lembu korban dll 😂
Lebih kurang jam 630pg imam mula berkhutbah raya & terus dirikan solat sunat raya aidil-adha.
Selepas itu kami balik ke hotel. Kami telah dimaklumkan sepanjang masyaer haji hingga 12 Zulhijjah (Arafah-Mudzalifah - Mina) ini makanan tidak disediakan di dewan makan (kerana semua allocation makanan jemaah disediakan oleh Muasasah Arab). Maka kami beli makanan di gerai berhampiran hotel dan makan di dewan makan.
Allahuakbar. Kenangan manis beraya di tanah suci Makkah al-Mukarramah.
bersambung ...

No comments: