Sunday, May 18, 2014

2 hari sebelum pemergian mak mertua ... pertemuan akhir ...

4 Mei 2014 (Ahad)
Selepas subuh mak encik tengok mak mertua dah ready masak nasi lemak
tinggal sambal je terpaksa adik ipar (Acu) nya sambung buat
sebab mak mertua dah terasa lelah/penat katanya
dek kerna mak encik mak encik yang tak berapa sihat
mak encik tak dapat nak tolong ... terus terbaring kat sofa depan tv je
mak mertua pun siap kata sepanjang hampir 10 tahun kawen ni lah pertama kali dia tengok mak encik macam tu siap berselubung ... memang rasa totally tak larat ... sarapan pun tak larat nak jamah ...
nak nangis pun ada sebab tekak takleh telan/masuk makanan... minum air pun perit ...

dah sampi tengahari tu rasa lega sikit
keluar bersembang di beranda (stategik port)
pak encik nya dah siap tolong racunkan rumput rupanya
ikutkan plan awal sepatutnya awal-awal pagi lepas sarapan tu kami bertolak balik
almaklum kalau peak hour cuti berangkai mmg jammed hiway PLUS kat area seremban tu
mak mertua kata nak masakkan nasi goreng untuk tengahari
ok je sedap makan dengan keropok
sebenarnya nasi lemak pagi pun banyak lagi

dalam masa 3-4 bulan ini mak mertua dan ayah mertua PJJ
ayah mertua sudah uzur ...  menginap di rumah abang ipar di melaka
mak mertua  juga dalam keuzuran juga ... sebelum ini ada serangan jantung dan mild stroke
stay dengan adik ipar di KL... untuk memudahkan urusan follow up di hospital Serdang dan IJN
dan mak mertua perlukan persekitaran yang tenang ... tak boleh terkejut2/stress ... nanti beri kesan kat jantung dia ... kalau duduk dengan anak cucu yg kecik2 paham2 je la keadaan budak2 ...
hujung minggu atau cuti-cuti umum mereka balik menjengah rumah di kampung
untuk cuti kali ni Mak mertua, Ayah mertua dan Acu dah ada di kampung sejak cuti 1 Mei 2014 (Khamis)
maka dah banyak lah urusan kemas rumah dilaksanakan Acu (di bawah arahan dan pemantaun mak.. ;) )

ayah mertua kata nak stay di rumah kami kali ni
maka kami balik dulu ... nak preparekan bilik di tingkat bawah untuk ayah mertua ...
sebab ayah mertua dah tak larat naik tangga ... jalan pun dah slow ...
dah bertongkat empat ...

5 Mei 2014 (Isnin)
lebih kurang pukul 12:30 tgh malam tibalah ayah mertua, mak mertua dan Acu nya dari melaka
lepas ayah mertua check in .. mereka pun teruskan perjalanan balik rumah Acu
Acu ada kelas awal pagi .. tu yg dia nak terus balik je ...
bagitau mak mertua tinggal je la sini ...
ubat-ubatan semua kat rumah acu kata nya ...
insyaAllah ada/panjang umur nanti diorg datang tidur sini...
itulah kali terakhir pertemuan kami ... :(


bersambung...

No comments: