Sunday, June 1, 2014

pengakhiran di dunia yang nyata ...

7.5.14

sedikit sebanyak ilmu kursus pengurusan jenazah yang baru mak encik hadiri dapat dipraktikkan
teringat pesan ustazah ...
jagalah aseawal urat si mati ...
pakaikan skaf/tudung untuk menutup bahagian rambut, leher ...
buat 2-piece kain untuk menutup bahagian muka sahaja
sekiranya ada pelawat nak buka atau tutup masih terpelihara aurat si mati
 
bila melihat jasad mak mertua terbujur kaku bagai tak percaya
baru 2 hari lepas bertemu dia, bergelak ketawa ceria ...
Allahuakbar ... Allah maha besar
sebaik-baik perancang .. tak tercepat mahupun terlambat ...

kami bergilir-gilir menemankan mak buat kali terakhirnya
mengalunkan bacaan surah yaasin dan tahlil arwah buat mak
kelihatan wajah mak sungguh tenang ...
macam tidur! Allah.. Allah .. Allah ...
kiranya inilah kematian pertama buat insan paling rapat buat kami
namun semua adik beradik ipar duai kelihatan tenang
sesekali airmata mengalir namun masing-masing cuba untuk kelihatan tabah
terutamanya ayah mertua yang sudah uzur
ramai pelawat menitiskan airmata bila melihat ayah mertua yang kelihatan lebih uzur berbanding mak mertua yang kelihatan lebih sihat sewaktu dia ada ...
beza umur mak mertua dan ayah mertua ialah 13 tahun ..
mak mertua meninggal dunia semasa umurnya 62 tahun dan ayah mertua kini berusia 75 tahun ...

sesudah subuh sudah ada jiran-jiran datang melawat jenazah
dan semakin bertambah ramai yang datang dan menghadiahkan bacaan yaasin/al-fatihah buat mak
lebih kurang jam 9pagi selepas selesai bacaan yaasin dan tahlil arwah kaum wanita
jenazah dibawa ke tempat mandi
Allahuakbar! ...tempat/port strategik kami sekeluarga besar selalu lepak2 bila bertemu

Alhamdulillah syukur dapat memandikan jenazah mak mertua
dapat tatap puas-puas/lama-lama wajah mak mertua
wajah syurga buat suami
wajah seorang ibu yang mengandung, melahirkan,mengasuh, mendidik suami
wajah seorang ibu mertua yang menerima saya sebagai menantu

selesai dimandikan, jenazah di bawa ke ruang tengah dan urusan kafan
dan itulah kali terakhir dapat melihat wajah dan jasad ibu mertua
selepas itu di bawa ke ruang luar untuk solat jenazah
dan terus di bawa ke tanah perkuburan

Allahuakbar ... Semoga kita bertemu di Syurga Firdausi mak!

  

No comments: