Wednesday, July 23, 2014

masih berpanjangan episod duka 2014 ...

Assalam,

Ramadan/Syawal 1435H / 2014M 


Sejak 1 Ramadan 1435 Allah beri peluang kepada kami sekeluarga menjaga ayah mertua. Sehari sebelum puasa tiba-tiba ayah mertua bagitahu nak datang ke rumah kami. Acu (adik ipar) menjemput ayah mertua di rumah abang ipar di Melaka. Kelihatan dia tak sabar-sabar untuk bertolak ke Sg Buloh. Keadaan ayah mertua pada masa itu agak uzur, masih boleh bercakap seperti biasa tetapi pergerakan yang terbatas, Perlukan berkerusi roda. Boleh berdiri tapi dlm jangka masa yg singkat. 

Semakin hari berlalu tahap kesihatan ayah mertua merosot. Dia semakin banyak berdiam diri. Sehingga kelihatan sangat lemah pada 7 Ramadan 1435 (Sabtu, 5/7/14). Segala makanan/minuman tak boleh masuk, muntahkan semula. Terpaksa hubungi 999. Setengah jam kemudian ambulan dari Hospital Sg Buloh tiba. Petugas yang hadir buat pemeriksaan awal dan nampaknya bacaan gula ayah mertua sangat tinggi. Ayah mertua terus dibawa ke hospital dan melalui perlbagai pemeriksaan kesihatan. Didapati ada kuman di paru-paru dan dimasukkan dalam wad pemerhatian sementara menunggu tempat di wad biasa (Wad 4A no katil 27). Pak Encik dan Acu bergilir-gilir menjaga ayah mertua di wad. 4 hari kemudian dapat discaj. Alhamdulillah nampak ayah metua semakin sihat, boleh makan, minum, bercakap seperti biasa. Pak encik sewa ambulan untuk bawa ayah mertua pulang ke rumah kami kerana nak berikan dia keselesaan sepanjang perjalanan dan lihat dia tak mampu untuk duduk lama.

13 Ramadan 1435 (Jumaat, 11/7/14). Pak Encik selesai tugasannya selepas waktu sahur. Nampak keletihan sangat. Tengok ayah mertua macam demam dan agak pasif keadaan. Dia minta Acunya amik cuti kecemasan untuk sama-sama tengokkan ayah mertua. Tengahari tu mak encik tanya pak encik keadaan ayah mertua, kedengaran suara dia agak risau dan bercadang selepas solat jumaat nak hantar ke hospital. Selepas solat jumaat mak encik berhubung dgn Acu. Alhamdulillah ayah mertua sudah makan, cuma dia banyak tidur sahaja. Maka nampak seperti keadaan OK. 

Mak encik balik kerja seperti biasa dan terus beli lauk pauk untuk juadah berbuka. Nampak ada kari kepala ikan, terus terfikir nak buat roti jala. Boleh la ayah mertua makan sebab ayah mertua tak boleh makan ayam. Maka menu cadangan berbuka puasa roti jala + kari ikan. Setibanya di rumah, mak encik menjenguk ayah mertua di bilik nampak sedang tenang tidur. Lepas solat Asar terus bersiap-siap buat roti jala. Lokasi bilik ayah mertua dan dapur adalah sangat dekat. Maka sepanjang masa tersebut mak encik lalu-lalang melihat ayah mertua yang masih "tidur". Acu pula sebelum solat dia lihat ayah mertua masih bernafas seperti biasa, selepas solat dia tengok ayah mertua bagaikan tidak bernyawa. Terus panggil mak encik. Allahuakbar ... pak encik dalam perjalanan pulang ke rumah. Terus hubungi ambulan. Mak encik terus keluarkan kereta supaya senang ambulan masuk ke carporch. Masa tu ada jiran di depan rumah, terus minta tolong dia tengok-tengokkan. Jiran-jiran datang dan sama-sama menunggu ambulan tiba. Pak encik dan jiran sebelah rumah cuba buat CPR. Namun tiada tindakbalas. Lebih kurang jam 7petang ambulan tiba dan petugas telah mengesahkan ayah mertua telah tiada. Innalillahiwainnailahirojiun ... Pak encik dinasihatkan terus ke balai polis berdekatan, bawa kad pengenalan ayah mertua dan rekod kesihatan (surat menyurat daripada hospital Sungai Buloh) untuk mendaftarkan kematian dan pengeluaran permit kubur.

Tinggal Acu, mak encik dan anak4. terpaku. bagai tak percaya. Waktu berbuka kami makan ala kadar. Sekadar membasahkan tekak dan menjamah sedikit makanan. Alhamdulillah, kursus pengurusan jenazah yang baru sahaja mak encik pergi dapat dipraktiskan. Saat menghadapi/berlaku kematian di rumah sendiri.  Tidak lama kemudian jiran-jiran dan kawan-kawan datang melawat ke rumah. Membantu mengangkat jenazah di bawa ke ruang tengah rumah. Membuat bacaan yaasin dan tahlil arwah. Selepas solat terawikh (lebih kurang jam 11malam), jenazah di bawa balik ke Melaka. Diiringi oleh pak encik. Keadaan yang sama berlaku semasa hari kematian ibu mertua 66 hari yang lalu. Allahuakbar...

Mak encik dan Acu segera berkemas dan bertolak pulang ke kampung. 2 kereta berasingan. Sepupu mak encik datang dari Muar untuk meneman mak encik memandu bersama anak-anak. Terbayang 66 hari yang lalu, di waktu yang lebih kurang sama.. mak encik memandu kereta ditemani ayah mertua dan anak2 semasa pak encik mengiringi jenazah ibu mertua. Allahuakbarrr... terima kasih ya Allah berikan kami peluang dan kesempatan berbakti kepada ibu/ayah untuk kali terakhir. Alhamdulillah di kedinginan malam / tengah pagi, kami tiba di kampung. Bagaikan episod ulangan, melihat ayah mertua terbujur kaku di tempat yang sama ibu mertua. Selepas subuh mula ramai jiran-jiran datang melawat. Alhamdulillah selesai urusan pengebumian ayah mertua lebih kurang jam 11pagi. MasyaAllah, kubur ayah mertua dan ibu mertua sangat dekat! bagaikan lokasi di rumah sendiri ...
       
        
66 hari sebelum itu kami ingatkan hanya menjadi ramadan/syawal pertama tanpa ibu mertua. Tetapi Allah lebih menyayangi ayah mertua ... dia ambil semula hakNya ... Semoga Allah tempatkan Ayah & Ibu mertua di kalangan para solihin ...



*maaf terpaksa hide comment sebab kena spam comment yg pelik-pelik ... terima kasih yang mengomen di entry2 sebelum ini ... saya baca ... sekiranya sudi berhubung boleh email ke drsuziyanti@gmail.com