Monday, August 3, 2015

Pengalaman meninggalkan anak4 untuk menunaikan umrah & ziarah

Salam,
Sedikit pengalaman untuk dikongsi.
Alhamdulillah pada penghujung tahun lepas (2014) kami di beri rezeki untuk menjadi tamu Allah

Kami pergi berlima ... bersama ibu bapa mak encik dan adik perempuan pak encik
Alhamdulillah Allah permudahkan urusan anak sepanjang peninggalan kami bermusafir selama 12 hari.

Dec 2014,
Anak1 - Sarah 9 tahun+
Anak2 - Syimir 6 tahun+
Anak3 - Syabil 4 tahun+
Anak4 - Sarina Aisya 1 tahun+


Sepanjang ketiadaan kami, anak-anak ditemani oleh keluarga adik mak encik dan dibantu oleh bibik Ros. Di selang seli juga oleh kehadiran keluarga kakak & kakak ipar.
Kami pergi musim cuti sekolah, maka mudah sedikit untuk anak-anak saudara datang menemani anak-anak mak encik.
Setiap hari kami berhubung melalui WhatsApp dan Video Call (lupa plak apa namanya ... hihihihi)
Jadual harian Anak1 ada kem tahfiz di surau berhampiran rumah kami.


Allah ya Allah, hingga saat ini tak terlepas di ingatan untuk kembali ke sana  ...
Semoga Allah murahkan rezeki kami dan panggil lah kami ke sana ya Allah ...


Masjid Nabawi, Madinah ... payung terbuka tertutup .. MasyaAllah .. indah pemandangan ...

 Pembangunan di Masjidil Haram, Makkah ... si sana sini banyak jentera berat .. 24 jam beroperasi ... MasyaAllah, beruntung semua pekerja dapat solat berjamaah di sana ...


Mataf Ring ... laluan bertingkat sementara untuk para jemaah menunaikan tawaf ... 
Allahuakbar, bila laluan di bawah semakin mengecil dan saat sangat berhampiran dengan Kaabah takkan di lupakan ...  selama ini kita lihat kaabah di sejadah/skrin tv/monitor komputer, sekarang di depan mata ...


Bas jadi kenderaan utama dari Jeddah ke Madinah, Madinah ke Makkah, Makkah ke Jeddah dan lawatan.ziarah luar serta miqat umrah ...

4 comments:

acik erna said...

Alhamdulillah Allah permudahkan urusan makencik

mak encik | SZ said...

acik erna,

Syukur acik ...
rindu nak baca blog acik ... banyak tertinggal ketapi ni ...

mama5hz said...

Daoakan akak dapat ke sana juga suatu hari nanti, niat sudah lama tertanam...namun belum sampai serunya lagi agaknya.....agen mana Suzi guna ..boleh share?

Sz said...

mama5hz:
saya guna travel agent "Rayhar" kak...