Sunday, December 9, 2018

Perjalanan Haji 2018 Suhaimi & Suziyanti (Episod 9)

Perjalanan Haji 2018
Suhaimi & Suziyanti
(Episod 9)
Isnin 20 Ogos 2018 (9 Zulhijjah 1439H)
Hari ini adalah hari yang dinanti-nantikan oleh semua. Hari kemuncak haji iaitu berwukuf di Arafah. Jutaan jemaah berkumpul di sini. Bagaikan di padang mahsyar. Semua orang sama berpakaian putih, berihram. Tidak kira pangkat dan usia. Semua mengharapkan keredhaan Allah, semoga Allah terima amal ibadat...
Pagi sebelum subuh sudah agak panjang barisan di WC (water closet) aka tandas/bilik air. Kami beratur (kak ida, kak atee dan saya), plan sama-sama nak mandi lepas subuh nnt sebab nak cepat/pendekkan barisan. Masuk toilet sekejap je utk menunaikan hajat kecil dan gosok gigi ðŸ¤£. Tempat ambil wuduk di luar bilik air. Ada juga yang gosok gigi di situ.
Alhamdulillah dapat subuh berjemaah di dalam khemah. Seusai solat terus ke WC. Memang clear! Boleh terus masuk toilet dan mandi (takde lah beriya2 mandi, setakat mbasahkan/menyegarkan badan). Alhamdulillah nikmat ...
Selepas itu bersarapan. Boleh bancuh air panas. Setiap jemaah dapat set cawan plastik dan paket2 teh/kopi/gula/krimer yang dibekalkan oleh Muasasah untuk sepanjang berada di Arafah & Mina (Masyaer Haji).
Aktiviti selepas sarapan adalah bebas. Ada yang mengaji, tunaikan solat sunat dhuha/hajat, berzikir dll. Jemaah juga dinasihatkan untuk berehat/nap sebelum zuhur. Selepas itu kami diarahkan untuk mengemas kawasan tempat tidur, tilam disusun di tepi untuk dijadikan kawasan surau (tirai kanvas antara jemaah lelaki & perempuan dibuka).
Apabila tiba waktunya, masing-masing dah bersedia untuk mendengar khutbah Arafah. Semua jemaah tekun mendengar dari speaker di khemah masing-masing. Masuk waktu Zuhur, solat jemaah jamak tamam Zuhur & Asar. Zikrullah dan doa semasa berwukuf dipimpin oleh Ustaz Fauzi.
Hati dah sebak memikirkan betapa banyaknya dosa sepanjang hidup ni namun Allah masih beri peluang untuk bertaubat dan pilih jadi tamuNya... Allahuakbar ... ðŸ˜­
Selepas itu jemaah yang datang bersama suami dipanggil untuk mencari/mohon maaf kepada pasangan masing-masing. Berjujuran airmata ðŸ˜¢
Selepas asar, jemaah keluar dari khemah dan mencari tempat masing-masing untuk berdoa. Mohon lah kepada Allah bersungguh-sungguh. Senarai kiriman doa pun dibaca. ðŸ˜­
"Ya Allah! Inilah doaku, Engkau sahaja yang layak memperkenankannya dan inilah juga kesungguhanku ... hanya kepadaMu aku bertawakkal ..."
bersambung ...

No comments: