Friday, December 28, 2018

Perjalanan Haji 2018 Suhaimi & Suziyanti (Episod 19 - Memori IV)

Perjalanan Haji 2018
Suhaimi & Suziyanti
(Episod 19 - Memori IV)
Di suatu hari yang istimewa selepas selesai kerja haji, suami dah berjanji dengan jiran kami nak berjumpa. Masih teringat sebaknya rasa bila mendengar rayuan haji nya berjaya. Suami bercerita bersungguh-sungguh dia mengirim doa kepada Tn Hj Khuzaimah agar kami pun dijemput sama.
Begitulah kami bila dengar orang dapat g haji/umrah, antara doa utama minta kirim doa agar Allah izinkan jemput kami jadi tamuNya. Antara jemaah haji yg pergi tahun ini sepupu saya kak Zureen hjh Siti Fatimah Rabu, kakak sekampung kak Umi hjh Umi Kalsom Sajadi, kawan sekerja kak hjh rosnita, kak manisah, tn hj Taufik Ridzuan, kawan UTM kak hjh Norida Ridzuan, hjh Asma' Amin ...
Sambung kisah janji nak jumpa jiran. Suami dan Tn Hj Khuzaimah janji nak bersarapan bersama di Restoren DSaji yg terletak dalam bangunan Safwah Tower selepas buat tawaf sunat (selepas subuh). Restoren ini memang pilihan utama jemaah malaysia. Antara menu menarik teh tarik / teh ais nya. Terubat rindu teh tarik di Malaysia πŸ˜.
Sambil menunggu Tn Hj Khuzaimah dan kak Hjh Wan Ros, kami mencari meja. Selepas subuh agak ramai jemaah makan di situ. Rezeki ada meja kosong. Dan datang satu pasangan jemaah lain makan di meja sama. Ok sahaja, boleh makan sama2 tak perlu cop2 meja, kesian jemaah lain menunggu2. Sembang punya sembang, rupanya cikgu suami masa darjah 2. πŸ˜…. Allahuakbar kecilnya dunia.
Seronoknya & gembira sangat bila dapat bertemu di bumi yang penuh barakah. πŸ’•

No comments: