Perjalanan Haji 2018
Suhaimi & Suziyanti
(Episod 23)
Sofaraa Al Eman Hotel, Madinah Al Munawarrah
Kediaman kami sepanjang bermusafir di Madinah. Kami antara jemaah Zahafiz yang akan pulang awal, hanya 2 bas akan berangkat pulang pada 9 September 2018. Di hotel ni hanya kami 4 bilik sahaja jemaah Zahafiz, yang lain ramai stay di Sofaraa AlHuda Hotel. Hanya selang blok sahaja. Jemaah dari negara lain ramai juga, pertama kali jumpa jemaah Maldives.
Alhamdulillah makanan sangat sedap! Teringat2 lagi nasi baryani kambing, sangat lazat. Masakan chef dari India. Cukup rasa rempah semua. Akan datang semoga ada rezeki dapat makan nasi baryani kambing hotel ni lagi.
8 September 2018 (selepas asar) telah diadakan taklimat keberangkatan pulang di Tingkat S (dewan makan). Ustaz beri tazkirah berkenaan pasca haji.
Antara intipati nya berkenaan ibadah haji yang telah dilaksanakan:
Ujian kesabaran kepada kita di sepanjang perjalanan haji ini. Pelbagai dugaan telah ditempuhi antara penyucian jiwa. Semoga dapat dibuang segala sifat buruk kita (jauhi sifat angkuh, bakhil dll)
Sentiasa bermohon dan berdoa kepada Allah "Ya Allah kau kekalkan la istiqomahkan ...."
Jaga aurat
Taat
Doakan kawan2 pergi haji awal/usia muda
Jaga sembahyang (lelaki - solat jemaah di masjid/surau, wanita - solat awal waktu)
Jadual perjalanan keberangkatan pulang esok
Malam ni semua kena berkemas dan keluarkan bagasi besar sebelum jam 11pm kerana pekerja akan mula mengangkut beg utk dimasukkan dalam bas muasasah (dijangka akan sampai di sofraa elhuda jam 3am)
seorang jemaah diperuntukkan berat bagasi 30kg dan handcarry 7kg
Lepas subuh buat ziarah widak
No comments:
Post a Comment