Friday, July 30, 2021

Perjalanan Haji 2018 Suhaimi & Suziyanti (episod 25)

 Perjalanan Haji 2018

Suhaimi & Suziyanti
(episod 25)
Assalamualaikum,
hehehe.. lama sungguh nak sambung cerita haji tak habis lagi.. dah nak masuk musim haji tahun 1440H pula
Sambung kisah perjalanan pulang di airport Jeddah, staf Zahafiz panggil nama seorang demi seorang yang dah selesai urusan passport & tiket. Selepas itu kami masuk ke balai menunggu untuk berlepas. Boleh la sesiapa yang nak misi menghabiskan riyal untuk last minute shopping. Baki riyal kami tak banyak boleh la takat nak beli air, chips, mee segera.
Semasa dalam balai menunggu dah masuk waktu maghrib, maka masing2 solat di sekitar kawasan kerusi2 menunggu. Kalau masih diluar, banyak musollah.
Selepas itu kami dibawa naik bas untuk ke kapal terbang. Rezeki kami duduk bersebelahan dan masih ada seat kosong di sebelah saya. Kami nampak kak Sal bersebelahan jemaah lelaki. Mungkin agak kurang selesa untuk perjalanan jarak jauh, saya pun panggil kak Sal duk sebelah saya. Seronok sangat, Alhamdulillah Allah kabulkan permintaan kami dapat pergi dan balik bersama-sama walaupun TA berlainan.
Sepanjang perjalanan sekejap bangun sekejap tidur. Hati sedih sayu meninggalkan bumi yang barakah, pada masa yang sama gembira bakal kembali ke pangkuan insan2 tersayang di tanahair.
Syukur perjalanan pulang berjalan lancar, pada 10 September 2018 kami selamat mendarat di tanahair. Dan seperti biasa urusan imigresen, ambil bagasi dan air zamzam. Terasa sedih dihati berpisah dengan sahabat jemaah haji yang bersama-sama lebih kurang hampir sebulan di bumi yang penuh barakah. Semoga ada rezeki dan kelapangan masa dapat kita bersua kembali.
Adik yang menjemput kami di airport. Janji tunggu di Pintu 8. Setibanya di rumah kepulangan kami disambut mak abah dan aisya (anak no.4). Anak-anak yang lain bersekolah. Alhamdulillah Allah pelihara insan-insan kesayangan di tanahair, diberikan kesihatan yang baik. Terima kasih ya Allah.
(Doa yg disarankan oleh Ustaz Salehuddin TA Zahafiz utk kita baca setelah sampai ke rumah dan sebelum berbuat apa2 (unpacking, dsb)
๐ŸŽ€Doa ketika sampai dari mekah madinah dan setelah masuk ke rumah๐Ÿ˜️:
๐ŸคฒYa Allah sebagaimana Engkau telah turunkan rahmat mu kepada rumah mu, maka turunkan lah rahmat itu ke dalam rumah ku.
Ya Allah sebagaimana Engkau telah turunkan berkat ke atas rumah Nabi mu saw di Madinah, maka turunkan lah berkat itu ke dalam rumah ku ya allah.
Ya allah sebagaimana Engkau telah kurniakan iman kepada umat Nabi Muhammad saw yang datang ke Mekah dan Madinah,maka kurniakan lah keimanan itu kepada ku dan anak cucuku hingga hari kiamat ya allah.
Perkenankan lah ya Allah.terimalah dari ku ya Allah.๐Ÿ’•

No comments: