Tuesday, August 3, 2021

Perjalanan Haji 2018 Suhaimi & Suziyanti Episod 28 (Persiapan keperluan haji)

 Perjalanan Haji 2018

Suhaimi & Suziyanti
Episod 28 (Persiapan keperluan haji)
Assalamualaikum
Alhamdulillah saya tumpang gembira bila dapat berita ada ahli keluarga, sahabat, kenalan yang dapat panggilan haji 2019. Sekarang pun setiap hari ahad masih terkenang-kenangkan suasana kami pergi kursus haji di Masjid AnNur.
Seperti yang pernah saya ceritakan di episod awal2, urusan keberangkatan sangat singkat. Dan kebanyakan barang-barang asas dah siap sedia dalam luggage (umrah 2014, umrah 2017).Alhamdulillah tinggal top-up sikit2 je lagi keperluan yang lain sikit untuk pergi haji ni. Memandangkan tempoh masa di sana agak lama berbanding umrah dan aktiviti ibadah haji pun lain sikit. Antara barang keperluan asas haji/umrah:
1. Kain Ihram bagi jemaah lelaki
Suami bawa 2 pasang kain ihram. Sepasang hadiah daripada TA (mudah juga untuk proses pengecaman jemaah mana), sepasang lagi kain ihram yg sediaada di rumah. Ada beberapa pasang lagi kat rumah termasuk kain ihram arwah apak... hihi... turun temurun. Bawa 2 pasang pun dah penuh juga luggage tu.. hehe... sebelum berangkat ke Madinah, kain ihram suami dah masuk dalam kotak utk pos balik.
Telekung /mini telekung /tudung saiz XXXL bagi jemaah wanita
Saya bawa 2 telekung (putih) tanpa kain. Satu yg bercetak/bertanda hadiah daripada TA. Semasa kami berangkat ke Arafah, seragam semua pakai yang sama.
Saya juga bawa mini telekung 2 pasang lagi (blue black & cream) . Mini telekung ni jenis yang sarung siap tangan tu. Sangat mudah nak buat aktiviti melontar jamrah. Tak risau ternampak aurat tangan. Mini telekung ni sahabatku CY pinjamkan. Dia guna semasa pergi umrah awal tahun 2018. Sekiranya ada sahabat atau ahli keluarga nak pergi tunai umrah/haji boleh la tanya apa2 barang2 yg mungkin ada dalam simpanan kita, boleh la bagi le pinjam ke... amik berkat... hehehe.. nak beli semua sederap pun boleh tahan kosnya.
Tudung saiz XXXL (hitam) saya bawa juga. Tudung ni pun ala-ala mini telekung. Sangat berguna bila pakai dengan jubah dan niqab, dah senang menyusup masuk masjid nabawi... hihi...
Saya cadangkan bakal jemaah bawa telekung hitam lebih pun tak mengapa.
Anak tudung/tudung saiz S juga perlu masuk dalam senarai. Jangan lupa!
Keadaan di Mekah pada musim haji 2018 sangat panas dan berangin terutama di Arafah, Mudzalifah, Mina. Maka bila cuci telekung putih tu mmg nampak tukar warna coklat dah...
2. Jubah/baju bagi jemaah lelaki
Jubah/baju yang suami bawa tak banyak. Boleh beli tambahan di sana kalau dah habis stok/menunggu baju kering. Bawa 3-4 pasang cukup
Jubah/baju jemaah wanita
Seperti biasa wanita2 ni macam2 aksesori jenis baju yang dibawa... hihi... Saya bawa jubah putih 2 pasang, jubah hitam 1 pasang, jubah coklat 1 pasang, blaus+kain skirt sepasang. Jangan lupa tambah seluar panjang. Semua pakaian recycle sahaja. Dalam simpanan sedia ada. Di Mekah saya beli sepasang jubah hitam untuk tambahan (ole-ole diri sendiri).
3. Pakaian peribadi wanita
Boleh la buat kira2, agak2 5 pasang ok... sebab aktiviti di sana agak lasak ke sana ke mari. Lebih selesa bertukar pakaian. Kalau cuci pun cepat kering. Semasa di Masyair Haji (Arafah, Mina, Mudzalifah) , boleh la bawa yang jenis disposable... keadaan di sana tidak mengizinkan kita nak cuci mencuci basuh membasuh bagai. Balik hotel nnt baru operasi mendobi. Bagi yang ada bajet boleh hantar dobi baju2 dan kain ihram. Kami cuci sendiri sahaja.
4. Kasut /Selipar /Stokin
Bagi jemaah lelaki, semasa dalam ihram hanya pakai selipar sahaja. Penerbangan kami terus dari KUL ke JED masuk mekah. Maka dah siap2 berihram dan pakai selipar dari rumah.
Selepas tahallul haji, jemaah lelaki dah terlepas 10 larangan ihram.. antaranya dah boleh pakai kasut. Kami beli sport shoes di Safwa Mall.
Untuk jemaah wanita
Perlu bawa stok stokin lebih. Saya bawa semua stokin hitam. Lebih 5 pasang... dan jangan lupa tambahkan stokin tangan (handsock).
5. Operasi dobi - Sabun basuh baju/sepit baju/hanger/hanger bulat /tali ampai
Saya bawa sabun serbuk, roomate saya bawa sabun liquid. Boleh saja bawa mana-mana. Kami kongsi je... sabun dah habis top up sabun lain.
Kami basuh dalam bilik air di hotel dan toskan guna hanger/hanger bulat. Lepas tu sidai di tingkap ataupun pergi ke tingkat R (lagi cepat kering). Alhamdulillah dapat roomate yang sangat best, boleh tolak ansur gilir2 sidai baju
dan operasi basuh baju pun seboleh nya tidak ganggu masa peak hour nak ke masjid...
6. Pisau/gunting/jarum/benang
Sila masuk dalam senarai juga. Almaklum ada la macam2 operasi dalam bilik tu.. hihi. Nak potong buah ke, nak menjahit ada yg tetas ke..
7. Plastik sampah/tisu/penyangkut S
Sangat berguna semasa di Masyaer Haji (Arafah, Mina, Mudzalifah). Plastik sampah mudah nak sama2 operasi kutipan sampah2 dalam khemah masing2.
Tisu pun penting nak lap2, nak p toilet etc.
Penyangkut S penting buat sangkut plastik dan dicangkukkan di pintu tandas Arafah/Mina.
8. Kerusi Lipat
Antara item yang sangat berguna bagi kami. Semasa masyaer haji, banyak masa perlu menunggu antaranya tunggu bas... buka sahaja kerusi lipat tu. Kalah pakej VIP. Bahagia sungguh.
digunakan juga semasa nak berdoa di padang Arafah, bila masing2 keluar mencari port masing2.. kami bentang tikar & buka kerusi lipat.
Barang-barang ni saya beli di Mr D. I. Y sahaja..
semua ada...
9. Payung/torch lite/kipas usb/kipas air/power bank/plug extention
Keadaan cuaca yang tak menentu. Musim haji 2018 diuji dengan ribut di Arafah. Blackout! kami memang tak bawa torch lite, on kan toch lite di hp masing2. Kipas usb membantu, pasang kat powerbank. Dan kipas air manual pun sangat membantu (bila bateri dah drain)
10. Stok makanan
Alhamdulillah pakej haji kami disajikan makanan yang lazat. Chef didatangkan khas dari Malaysia. Siap ada menu gulai ikan masin tu... Namun begitu, stok makanan perlu ada juga untuk penambah selera, lebih2 lagi utk dibawa ke Arafah/Mina. Yang wajib saya bawa, sebelum pergi saya minta bantuan sahabat2 supply sos cili life paket kecil tu. Senang nak makan dengan kebab, kentang goreng, ayam goreng etc. Sos cili di sana lain. Ada sahabat juga bermurah hati buatkan sambal cili api... nyummy... sedapnya... roomate bawa biskut, kami makan sama2. Roomate pun bawa stok sambal yg pelbagai juga (sambal ikan bilis, serunding daging, sambal tempe etc) . Sama2 kita merasa (meriah makan sama2). Rindunyaa roomate 507 (kak hajjah Khalidah Binti MohdSani, kak hajjah Nik Nariman NikAhmad, kak hajjah che timah).
Semoga dimurahkan rezeki juga para sahabat kami yang supply macam2 bekalan.
Untuk minuman pula, digalakkan juga bawa 3in1 atau minuman kegemaran masing2. Kafeteria kami sentiasa terbuka untuk bancuh minuman. Ada disediakan teh, kopi/nescafe, gula, susu cair. Bagi yang rindu nak minum teh tarik, sila la bawa 1-2 tin susu pekat manis. Kat Mekah ada jual tapi mahal. Tin cinonet kecik je SAR3 (berganda besarnya tin susu F&N). Kalau nak minum di DSaji pun ada, sedappp... kalau tak silap, secawan SAR5.
Air zamzam pun disediakan di setiap tingkat hotel.
11. Stok ubat-ubatan
Seperti biasa boleh bawa stok ubat biasa seperti panadol, ubat selesema, ubat batuk, minyak angin, balm, minyak, yoko-yoko dll.
Farmasi pun banyal cuma harga nya agak mahal. Bagi jemaah haji di bawah TH boleh dapatkan rawatan dan ubat di klinik TH.
Lip balm dan vaselin juga penting. Dalam keadaan cuaca yang kering di sana, item ini sangat membantu.
12. Botol spray wuduk
Sangat penting. mudah dibawa ke mana-mana. Kalau batal wuduk dalam masjid boleh perbaharui wuduk terus. Semasa mendaftar di Movenpick, kami dapat beg daripada penyumbang2, alhamdulillah dibekalkan botol spray wudhuk juga.
Saya senaraikan setakat mana yang saya teringat la ye, dialu-alukan para haji/hajjah yang nak tambah senarai boleh la share di ruang komen.
💕

https://www.facebook.com/suziyanti/posts/10157780743703538

No comments: