Saturday, December 8, 2018

Perjalanan Haji 2018 Suhaimi & Suziyanti (Episod 8)

Perjalanan Haji 2018
Suhaimi & Suziyanti
(Episod 8 )
Ahad 19/8/18 (8 Zulhijjah 1439H)
Barang-barang untuk dibawa ke Arafah telah disiapkan. Kami memilih pakej ulang-alik (jemaah akan tidur satu malam di khemah Arafah, mabit di Mudzalifah, berulang-alik Mekah-Mina (mabit) dan melontar jamrah)
Antara senarai barang keperluan yang dibawa ke Arafah:
1. berus gigi, sabun, tissue, gunting, hanger
2. ubat-ubatan
3. buku panduan doa / quran
4. towel kecil / ringan
5. spray wudhu
6. sejadah
7. tikar lipat / kerusi lipat
8. sepasang baju/sepersalinan/kain ihram (lelaki)
9. kasut yg sesuai
10. cermin mata hitam
11. Bekalan makanan - sambal/cili sos (terima kasih kak sal & sahabat GST)
Seusai solat Zuhur dan makan tengahari, kami dimaklumkan bas muasasah telah tiba untuk membawa kami jemaah ulang-alik ke Arafah. Hati dah berdebar-debar. Bakal bermulalah kerja haji kami. Semoga dipermudahkan segala urusan kami dan semua jemaah mengerjakan haji pada tahun ini. Semua telah bersiap-sedia (mandi sunat, solat sunat ihram dan pakai kain ihram bagi jemaah lelaki). Di dalam bas, mutawwif mengingatkan jemaah untuk berniat haji (bagi yang membuat haji tamattuk).
Kami tiba di Arafah lebih kurang jam 3 petang. Melihat keadaan padang Arafah terpasang banyak sungguh khemah / Marque Tent. Jemaah dibahagikan mengikut maktab masing-masing. Dalam maktab berpagar ada banyak khemah. Kami ditempatkan di Maktab 78 (Jemaah pakej ulang-alik Zahafiz). Syukur keadaan di dalam khemah sangat selesa. Jiran-jiran tilam pun best2. Macam2 gaya macam2 ragam. Rindu semua aktiviti kita di sana. (kak ida, Datin Atee, Datin Roy, kak Lyza, kak Ima, kak Jah, kak Loy, kak Wan, Cik Asmah dan ramai lagi .. tak tertulis nama). Masing-masing bukak bekalan untuk dikongsi bersama. Bekerjasama menjaga keharmonian khemah .. hehehe...
Pada masa ini, jemaah lain tiba berperingkat. Belum padat mahupun panjang barisan di tandas lagi. Kami solat Asar berjemaah di dalam khemah Arafah.
Sedang kami solat jamak Maghrib & Isyak, kedengaran angin sangat kuat diluar khemah dan blackout. Rupanya ribut pasir di luar dan bekalan elektrik diputuskan untuk keselamatan. Masing-masing tidak putus berdoa agar Allah melindungi semua.
Ada yang WA bertanya keadaan kami, banyak video dan berita yang lebih laju sampai di tanahair. Alhamdulillah kami OK.
bersambung ...

No comments: