Friday, July 30, 2021

Perjalanan Haji 2018 Suhaimi & Suziyanti (Episod 24)

 Perjalanan Haji 2018

Suhaimi & Suziyanti
(Episod 24)
9 September 2018
Kini tibalah masanya untuk kami meninggalkan tanah yang penuh barakah ... sedihnya ...sebelum tidur malam tadi dah siap2 keluarkan beg bagasi besar. Bagasi kecil (handcarry) pun dah siap packing siap sedia untuk dibawa keluar sesudah subuh & ziarah wada'.
Selepas tunaikan solat subuh di Masjid Nabawi, kami bergerak ke arah kubah hijau (maqam Baginda Rasulullah s.a.w), beri salam dan berdoa memohon kepada Allah supaya diberi rezeki untuk datang ziarah Rasulullah s.a.w lagi. Terima kasih Allah makbulkan doa kami
"Ya Tuhanku, Janganlah Engkau jadikan ziarah hamba ini di tempat yang mulia ini sebagai ziarah yang penghabisan, kurniakanlah kepada hamba peluang untuk menziarahi kembali ke tempat ini dalam keadaan sihat dan baik, jika panjang umur hamba, InsyaAllah hamba akan datang lagi, jika sampai ajal hamba akan meletakkan kepadanya syahadat dan perjanjian hamba dari hari ini sehingga hari kiamat, iaitu hamba bersaksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, Tuhan yang satu yang tidak ada sekutu bagi-Nya, dan hamba naik saksi bahawa Nabi Muhammad hamba-Nya dan pesuruh-Nya, maha suci Tuhan yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan, Tuhan seru sekalian alam"
Berlalu pergilah kami berdua meninggalkan masjid Nabawi dengan penuh sayu ... memandangkan pintu ke arah hotel pintu 16, maka kami dapat buat pusingan penuh keliling masjid setiap hari/pagi selepas subuh rutinnya ke arah maqam Baginda Rasulullah - hotel.
Sampai di hotel, kami bersarapan pagi terlebih dahulu dan naik ke bilik untuk ambil bagasi kecil seterusnya bergerak terus ke hotel Sofaraa Alhuda. 2 buah bas muasasah dah menunggu para jemaah. Gembira hati dapat bertemu semula geng Rayyana, teman bilik ku kak hajjah che timah, teman bilik suami, Haji Salim dan pastinya ada bersama kak hajjah Siti. Kami naik bas No. 2. Petugas menyemak nama & passport kami. Sepanjang musim haji, passport kita akan disimpan oleh Muasasah Arab Saudi. Setiap kali checkpoint keluar masuk Mekah & Madinah perlu keluar masuk juga lah passport kita.
Perjalanan ke Jeddah pun bermula lebih kurang jam 8pagi. Bas berhenti di AlHejrah Checkpoint untuk urusan passport. Lebih kurang 4 jam perjalanan kami berhenti di R&R. Tunai solat, makan dan tukar bas kerana masalah tayar dan teruskan perjalanan semula. Pada musim haji ini, semua bas diuruskan oleh Muasasah Arab Saudi juga, maka rezeki masing-masing juga lah dapat naik bas yang berbeza condition & drivernya 😅.
Alhamdulillah setelah 7-8 jam perjalanan dari Madinah ke Jeddah, kami pun tiba di King Abdul Aziz International Airport.
Bas No.2 dah tiba lebih awal sedikit dari Bas No.1 kerana bas No.1 pun ada masalah tayar juga. Bayangkan semua bas tersebut berjalan non-stop di musim haji ni. Kami dibekalkan makanan & minuman sementara menunggu urusan passport & tiket pulang.
Apabila check in, masing-masing dibekalkan Al-Quran tanda hadiah daripada kerajaan Arab Saudi. Alhamdulillah syukur, ole-ole paling istimewa.
Sedang kami beratur tu, suami bagitau eh tu macam kak Sal yang duduk sebelah masa flight datang ke sini. Allahuakbar, Allah makbulkan doa kami dapat berjumpa semula. (Boleh baca cerita episod awal2). Berpelukan la kami. Allah seronoknyaaa. Tak sangka flight kami (berbeza travel agent) sama. Syukur ... untuk makluman semua, kami jemaah visa haji furada adalah pemegang "open-ticket", jemaah akan pulang pada mana-mana flight commercial yang ada kekosongan (pada tempoh masa musim haji).
bersambung ...

No comments: