Tuesday, November 19, 2013

cita-citaku yang kesampaian ke tidak ni?

dulu masa kecik-kecik sampai remaja antara cita-cita mak encik ialah menjadi
DOKTOR PERUBATAN
tapi oleh kerana tak berapa cemerlang terbilang tang subjek biologi (cheewahhh) maka terkubur je la hasrat 
lepas dapat keputusan SPM mak encik pening gak nak mohon kursus pengajian apa ye ...
nak buat matrikulasi dulu ke terus diploma ke ijazah sarjana muda ke ...
pakcik kata buat PhD (DOKTOR FALSAFAH) je la terus ...
muahahaa mak encik yang tak berapa paham hierarki ni pun kata OOOooooo
bila dah tengok2, chesss pakcik tu kenakan mak encik rupanya
kena lah tamatkan pengajian peringkat undergraduate (Matrikulasi /Diploma > Ijazah Sarjana Muda) barulah ke peringkat postgraduate (Ijazah Sarjana (Master) > Ijazah Doktor Falsafah (PhD) )

Alhamdulillah cita-cita bergelar DOKTOR tercapai jua ;)
tapi takleh sign MC

8 comments:

Acik Erna said...

Tahniah mak encik..cita2 dah tercapai

Dr K said...

Alhamdullilah..

Bukan calang calang ada PhD tauuu...

Cik Specky said...

Alhamdulillah.. tahniah ;)

working mom... said...

tahniah pn doktor ! :)tu la xleh sign mc..kalu tak senang akk jirannak minta mc nih..hihihih

mak encik | SZ said...

Acik Erna:
Alhamdulillah .. jauh lagi perjalanan hidup ni ... ;) ... cita-cita lain belum tercapai lagi ... hihihi

mak encik | SZ said...

Daddy Ziyyad:
errrr... asal bukan PhD tipikal perasaan hasad dengki sudah kan ...

mak encik | SZ said...

Lady Nurhert:

syukurrr..terima kasih mak alya! ;)

mak encik | SZ said...

working mom:

ahahaa...tu laaa tak laku la sign MC saya ... hihihihi