Saturday, December 28, 2013

tips naik kapal terbang bersama anak-anak kecik-kecik

ihikss..boleh ke tajuk gitu? hantam la labuuuu
entry ini khas untuk encik bujal dan dak eja (Geng KKA)

2007 - Sabah
pertama sekali mak encik dan pak encik terbang bersama anak sulong
masa tu dak sarah baru setahun+ umur nya
sebenarnya agak haru biru juga pertama kali dia naik kapal terbang
dia boleh menangis sampai muntah2 sepanjang perjalanan KL-Kota Kinabalu
puncanya? waktu tidur dia terganggu!
bila kita naik kapal terbang atau naik ke aras tinggi telinga kita sakit
samalah macam budak kecik
apalagi yang dia boleh buat? melalak saja lah ...
bila dah browse2 cari info .. ahaaa ... baru lah jumpa tips kena bagi sesuatu untuk budak ni kunyah untuk kurangkan sakit telinga tu
so prepare lah apa2 makanan yang bersesuaian ikut umur budak
paling senang kalo baby boleh bagi dia susu
kalo dah besar sikit bagi lah gula-gula ke cikedis ke .. kuikui
penerbangan balik tu dak sarah ok sebab dia tido ... phewww

2007 - Langkawi
dekat je pun langkawi ... so dah ada tips di atas .. settle!

2010 - Sarawak
Trip kali ni anak dua
dak Sarah 5 tahun & dak Syimir 2 tahun
dah besar sikit takde lah budak2 ni menangis dalam kapal tu
yang penting ada MAKANAN!    



2011 - Bandung, Langkawi
Trip kali ni anak tiga
masa ni dak Sarah 6 tahun, dak Syimir 3 tahun dan dak Syabil 7bulan
ada kelainan sikit nak bahagi-bahagikan seat
pembahagian penjagaan anak-anak ialah pak encik duduk dengan dak Sarah & dak Syimir
mak encik dengan baby 

 

2012 - Cambodia, Sabah
sama seperti di atas ..
budak2 ni dah makin besar
dia pandai buat aktiviti plak kat atas tu
macam dak Sarah siap mewarna
dak Syimir dan Syabil boleh main lori & bas ...
ARMREST antara seat tu boleh naikkan, maka beraktiviti lah kamu wahai anak!
macam-macam











kesimpulannya, pastikan anak-anak cukup MAKAN ... hihihihi
maka sila but pre-order meal kalo naik AA, kalo naik MAS settle part makan...
sediakan apa-apa TOY ke BUKU MEWARNA ke apa yang boleh diorang buat sepanjang perjalanan
dan paling best kalau budak2 ni boleh tido .. settle masalah!
tapi kalau short journey mmg mak encik harap diorg tak tido nnt klu tidak satu hal lain nak kejut kan diorang

 

psst:

sebenarnya mak encik agak saspen nak ber blog semula ni
rasanya lama dah tak tulis panjang-panjang
tahniah kepada blogger2 yang gigih tulis panjang-panjang macam kak Ila working mom, kak Hanis Azla
saya gigih juga baca baris demi baris
sangat bermanfaat! 
tahniah juga kepada blogger2 yang konsisten kemaskini blog mereka seperti cikgu Mat Som, PakcikLie, cik Mid, DrSinga, dekdaa, NM03 dan blogger2 lain yang sempat mak encik intai2 dari kejauhan ...

8 comments:

Dr K said...

Good tips!

Satu lagi, kalau infant less 1 year old, wife saya bagi susu masa landing/take off..so dia akan menelan...so tak rasa dengung kat telinganya...:)

Bawak tablet..bagi kids main pun bagus...mereka akan leka..:)

Unknown said...

Teringat pengalaman buruk naik flight balik Sabah masa Ramadan lepas....Anak mengamuk dari belepas (senai) smpai landing (KLIA)...Nasib flight besoknya ke Kota Kinabalu dia tidur...

working mom... said...

a good tips to share sz... :)
akk pon jrg2 tulih blog skang ni.... tulih panjang2 tu nak lepas geram...hahahah..
hope to read more from you Dr. :)

Mak Wardah said...

Salam, ME, Akak dah melepasi fasa ini dan kini merinduinya kembali

mak encik | SZ said...

Daddy Ziyyad:

yesss, mak encik pun senang handle baby bg bf je sampai dia tido ...

mak encik | SZ said...

Jumria Alimuddin :
Salam kenal!
hadoii samalah anak sulong mak encik tu dulu .. non stop 2 hours fly kan... bertabahlah!

mak encik | SZ said...

working mom:

ahaaa tu la k ila ... nak sangat tulis panjang2 jugak mcm akak! ;)

mak encik | SZ said...

mak wardah:

salam kak, pengalaman berharga kan kak!
sorry saya selalu intai2 blog MW tapi tak tinggal jejak kasih ;)