Tuesday, January 7, 2014

perbelanjaan sebulan anak4

salam ...
Alhamdulillah
sudah hari ke-7 di bulan baru, tahun baru ...
fuhhhh cepatnya masa berlalu!
banyak keNAIKan pada tahun ini
umur semakin NAIK
tanggungjawab semakin NAIK
perbelanjaan semakin NAIK juga

Perbelanjaan awal tahun 2014
 #1 Sarah naik darjah 3, #2 Syimir tadika 6 tahun, #3 syabil playgroup 4 tahun, #4 sarina aisya masih baby :)

Taska

Total 4 orang cajnya RM780
oleh kerana pakej anak ramai, maka tuan taska bermurah hati bagi diskaun sana sini ... 
#1 Sarah transit antara sekolah agama dan sekolah kebangsaan
#2 Syimir transit balik tadika
#3 Syabil playgroup 4 tahun (fullday daycare)
#4 Sarina fullday daycare

Untuk permulaan tahun ada extra bayaran untuk yuran tahunan RM70 dan material playgroup syabil RM120

Van
Total caj bulanan RM155
#1 Sarah naik van 2 trip, Sekolah Agama dan Sekolah Kebangsaan
#2 Syimir naik van 1 trip, tadika sahaja

Tadika
#2 Syimir masuk tadika "paling murah" bayaran bulanan di kawasan kediaman kami  ... selain pra-sekolah / tadika kemas ... kami tak layak memohon ... huhuhu
yuran pendaftaran RM485 dan yuran bulanan RM85

Sekolah Kebangsaan
#1 Sarah darjah 3, bayaran yurang pibg ke apa2 tu belum lagi
cuma ada senarai buku. maka belilah senarai item kategori "wajib"
lebih kurang RM150

Sekolah Rendah Agama
#3 Sarah darjah 3 juga, Alhamdulillah dapat masuk SRA ... tiada yuran bulanan
bayaran PIBG RM30, buku RM41, yuran2 pelbagai RM58
Kelas mengaji (pilihan) RM25 sebulan

English Cambridge Class
#1 Sarah naik level 3 yuran RM140, bulanan RM100
#2 Syimir RM100

Math tutor
#1 Sarah RM35 sebulan

hmmmm..apalagi ye ... biasalah perbelanjaan keperluan pakaian, kasut, beg sekolah etc tu ... +- RM300  ...

ok itu sahaja ...
sementara teringat ni, taip cepat2 untuk rujukan di kemudian hari ..
almaklum mak encik banyak wire dah putus ni ...


Photo: <3 Doa Murah Rezeki <3 
sumber : makcik gugel

5 comments:

Acik Erna said...

Assalam mak encik..dulu jawan acik jata..sementara anak kecik..simpan la duit..nanti bila anak dah mula bersekolah..dah tak boleh nak simpan..duit keluar macam air..katanya.betul la tu..bagi orang macam acik..bila dah mula bayar rumah..memang dah tak boleh nak simpan..cukup makan dan cukupkan keperluan anak belajar je.
mak encik..masih mampu kan..keje beso gaji pun beso.

Acik Erna said...

Kawan kata..guna telefon ni salah je.maaf mak encik

dekdaa said...

Hadeh.. mcm penat je tengok amaun2 tu... 5tahun lg naik berganda2 lg gamaknya fuhhh! Yg takde tanggungan tu best la fikir diri sendiri jah hehe.

mak encik | SZ said...

@Acik Erna,

Kita doa banyak2 semoga diberi segala kecukupan dlm kehidupan kita kan. Takde berlebih takde berkurang ...

mak encik | SZ said...

@dekdaa
tu la kan ... tapi yang takde tanggungan anak pun mungkin ada tanggungan lain pula kan ... Allah maha adil ... semua lebih kurang / sama rata je ;)