Wednesday, May 14, 2014

3 hari sebelum pemergian ibu mertua ...

3 Mei 2014 (Sabtu)
bangun pagi bersiap-siap nak balik kampung.
singgah dahulu di RnR Seremban untuk sarapan merangkap makan tengahari.
mak encik tak berapa sihat sebenarnya masa tu sakit kepala, sakit tekak, gusi bengkak, sakit gigi dan ulser dalam mulut .. pakej ... maka memang tak larat/tak tertelan nak makan2 ... laparrr...

kami sekeluarga tiba di kampung mertua lebih kurang jam 2 petang.
disambut mesra oleh mak mertua yang selalu mak encik bahasakan dengan panggilan "nenek sarah"
kelihatan nenek sarah sangat berseri-seri hari tu... cantik ... dengan berkain batik baru dan berblaus ...
masuk rumah salam peluk cium terus ke bilik nak tidurkan sarina aisya ...
nenek sarah tiba-tiba menjenguk ke bilik ...
bagitau mak encik pergilah rumah jiran sebelah dengan pak encik ...
diorang menjemput ke rumah ada kenduri ...
memang tengah ramai tetamu di sebelah
nenek sarah kata dia tunggukan aisya dalam buai tu
dia nak pergi tadi tapi tiba-tiba terasa sesuatu terus rasa lemah2 badan
mak encik kata OK dan keluar bilik ...
pergi ke dapur bagitau pak encik ...mak suruh pergi rumah sebelah ...
politik kami menantu-mertua ni selalu guna nama mak suruhhh ... heeee
pak encik yang tengah bersembang dengan ayah mertua kata takpelah tak pergi ... kita baru sampai ni ...
sarina aisya plak lepas mak encik keluar bilik terus dia menangis2 tak jadik tidur ...
heee..nenek pun surrender ... ok lah teruskan bersembang di dapur sahajalah ...
tak lama lepas tu jiran sebelah datang hantar sedulang lauk pauk kenduri ...
Alhamdulillah ... rezeki ...

petang tu mak encik gorengkan keropok yang beli masa outstation ke kemanan minggu lepas
dan prepare masuk dalam bekas besar
tengok bersungguh betul mak mertua makan keropok
sesi malam pula keluarga mak encik dari kampung nak datang melawat besan ...
sekali dengan nak jumpa anak cucunya la ...
kampung mak encik dan pak encik kan dekat2 je ...
walaupun johor-melaka tapi sempadan sahaja
memang meriah malam tu ... riuh rendah ...
tengok mak mertua ceria, gembira, berseri-seri ...
ajak makan malam pun kata tak mahu ... dah kenyang makan keropok katanya ...

lepas diorang balik
datang semula rasa tak sedap badan
seram sejuk pening lalat semua ada
mak encik pun terus tidur

bersambung ...

1 comment:

Ati Masrif said...

assalam,

dapat kak ati bayangkan betapa meriah dan happynya mil suzi ye

tak sabar nk tunggu sambungan...ntah bila lah tu ye

tapi kak ati dpt rasakan mesti mil suzi tu rasa gembira dan puashati
dalam hari2 terakhirnya.
al-fatihah