Sunday, December 4, 2016

kak ani (3)

kubiarkan kenangan manis2 tersemat di hati
dirimu tak pernah ku lupakan
setiap saat setiap detik ku mendoakan kesejahteraan kau di sana
semoga Allah izinkan kita bertemu dalam syurga firdausi nya
saat menghadapi kematian kau telah lalui
apa cerita pula diri ku nanti
bekalan nak di bawa ke sana terasa masih sedikit
setiap detik ku terfikir
sekiranya tidurku lelapku ini yang terakhir
apa yang berlaku kiranya ku buka mata sudah berada di alam lain
bagaimana yang ditinggalkan di dunia

kau jangan risau
anak tunggal mu kini ada bersama kami
dah selesai periksa SPM dah
saat hayatmu dulu kita selalu bergurau
siapa nak jaga anak tunggalmu kalau kau tiada?
kau meletakkan kepercayaan kepada satu2 nya saudara perempuan mu ini
insyaAllah kami cuba memegang amanahmu
seluruh ahli keluarga kita sama2 menjaga
sama2 beri sokongan kepada anak tunggalmu

3 comments:

Mat Som said...

Alfatihah buat Kak Ani
Dan semoga Allah melimpahkan rahmat dan rezeki yg luas Kpd Pn Suzi yg telah mnjaga anak saudaranya dgn penuh tjawab itu

Azian Elias said...

sedih bila hal2 macam ni terjadi kan.

you kenal Kak Kasihredha kan..

sedih je tadi bila tgk berita..

sedih bila anak2 ditinggalkan..

semoga kita sentiasa di bawah lindungan nya.

mak encik | SZ said...

terima kasih cikgu Mat Som dan kak Azian Elias