Monday, December 12, 2016

bibik-bibikku (1) ...

Salam,

Setelah bibik Nor tamat perkhidmatan sebelum raya tempohari (Julai 2016),
maka bermula lah agenda hidup mak anak4 tanpa bibik ...
Sarah darjah 5, Syimir darjah 2, Syabil tadika 6 tahun dan Aisya 3 tahun

Ok tarik nafas ...
bermula cuba jaya jadual kehidupan (mesti diteruskan)
anak4 hantar transit ke rumah adik di taman sebelah (syukur adik ipar boleh jaga kan anak4)
jadual rumah perlu diatur
seawal jam 5pagi dah bangun cuci baju & sidai baju
siapkan urusan anak2 nak g sekolah
pak encik bab menghantar anak2 lg ke umah adik
pergi kerja ...
balik kerja (hampir maghrib) terus angkat baju di jemuran
klu cuaca ok syukur, lega semua baju kering ...
klu tidak ... kecewa tambah lg deretan bergantungan baju... hehehe
mak sangat lah berkepentingan untuk ada mesin ajaib
apakah itu?
hehehee
taraaaa...



(gambar pakcik gugel)

lebih kurang la model tu
yaaa mesin pengering!
Alhamdulillah sangatttt membantu
BIBIK ni sangat membantu saya
sebelum ni saya hairan juga kenapa sentiasa ramai orang kat dobi self service
bawa baju berbakul-bakul
sekarang saya dah faham ... hihihi
balik kampung pun skrg senang, basuh baju kat umah mak lepas tu keringkan kat dobi
takyah pening2 berebut ampai atau risau baju habis stok ... hihihi


ok ..nanti cerita BIBIK lain plak ...
daaaa...

5 comments:

Mat Som Sadona said...

Habislah bibik2 tak ada peluang kerja
Kalau ada robot yg boleh sidaikan baju alangkah indahnya kehidupan ini

Sibuk betul jadual kerja Puan Suzi kita ni

mak encik | SZ said...

Cikgu Mat Som,
hahaha
betul juga tu
lepas sidai, bibik robot kena pandai lipat pula
:p

Ati Masrif said...

kak ati selalu ke dobi jika balik dari bercuti
lepas ni boleh cuba pula ..basuh kat rumah keringkan kat dobi..kan mudah..hihi

Hanis Azla said...

As-salam Suzi,

Jenuh juga takde bibik ya.. Alhamdulillah.. ada pembantu elektronik.. kalau musim2 hujan memang berhajat sangat nak ada ddryer seketul kat rumah.. tak payah nak risau pasal kain baju kan.

Adam said...

Tak ada entri baru kd