Thursday, December 27, 2018

Perjalanan Haji 2018 Suhaimi & Suziyanti (Episod 18)

Perjalanan Haji 2018
Suhaimi & Suziyanti
(Episod 18)
5 September 2018
Suami dan roomate 504 bersepakat nak buat umrah bersama-sama. Selepas subuh mereka berjanji nak terus tunggu taxi ajrah untuk bermiqat di Tanaim. Pertama kali juga lah saya balik ke hotel berseorangan (heee tak jauh pun dlm 300m ðŸ¤£). Saya terus ke dewan makan di tingkat R. Rezeki roomate 507 semua ada. Dapat bersarapan bersama-sama ðŸ˜˜ .
Nampaknya hari itu ialah pagi kedua akhir dapat bersama-sama roomate di Hotel Rayyana. Kami suami isteri dan Haji Salim, kak Hjh Siti dan kak hjh Che Timah dimaklumkan akan bergerak ke Madinah esok tengahari. Selepas sarapan, kak ton (petugas Zahafiz) dtg ke bilik 507 untuk beri taklimat ringkas keberangkatan ke Madinah.
Suami balik umrah dalam pukul 830pg. Temankan dia bersarapan di dewan makan. Naik rehat sebentar dan nak pergi "melontar" di kedai sbb tak ada membeli apa lagi pun buah tangan utk yg tersayang di tanahair.
Lebih kurang jam 10pg turun dan menuju Safwah tower. Target nak beli sejadah shj di Mekah. Kurma, kekacang dll nak beli di Madinah nnt. Jalan laju-laju singgah 1 kedai dan beli sejadah. Terus balik ke hotel. "Rebeh" gak la bahu/tangan angkut sejadah .. hihi
....beratttt rupanya ...
Sampai di lobi ke kaunter Zahafiz. Kak ton bgtau call je tanya petugas Skynet datang pukul berapa. Petugas Skynet akan dtg lepas asar. Dan kami pun tinggal shj sejadah di kaunter. Lepas asar di masjid terus balik hotel utk uruskan courier barang ni. Kadar pos barang ke Malaysia, RM14/kg dan harga kotak ikut saiz. Air Zamzam pun ada penghantaran ke pintu rumah juga.

No comments: