Friday, December 7, 2018

Perjalanan Haji 2018 Suhaimi & Suziyanti (Episod 7)

Perjalanan Haji 2018
Suhaimi & Suziyanti
(Episod 7)
Khamis 16/8/18
Pada musim haji terutama hampir hari wukuf, sangat padat dengan jemaah dari seluruh dunia. Kepadatan jemaah sangat luar biasa, tak macam bila kita datang umrah pada bukan bulan haji.
Untuk melaksanakan 7 kali pusingan tawaf di dataran pada musim umrah biasa selalunya dalam setengah jam selesai tetapi pada musim haji ni makan masa hingga sejam. Kita terpaksa berjalan perlahan-lahan kerana laluan sangat sesak. Jemaah asia seperti orang Malaysia ni bersaiz comel2, insyaAllah boleh menyelit2 asalkan tidak menggangu ibadah orang lain. Ada juga jemaah yang suka menolak2/"melekap" di belakang kita, maka bagi je diorang jalan dulu πŸ˜….
Untuk buat solat sunat selepas tawaf pun terpaksa cari kawasan yang agak "selamat" dan tidak mengganggu laluan orang lain. Kalau tidak memang meriah kedengaran jeritan "thariq thariq thariq ...".
Untuk Saie (ulang-alik bukit Safaa - Marwa) tiada masalah, walaupun jemaah padat tapi trafik lancar πŸ˜„. Terasa sangat meriah bila jemaah Indonesia bersama-sama buat Saie sebab mereka akan sama-sama baca doa ikut mutawwif/leader mereka.
Saya suka tengok "uniform" mereka. Senang nak kenalpasti kumpulan jemaah.
Selepas selesai umrah wajib haji dan menunaikan solat subuh di MasjidilHaram, kami pun balik ke hotel.
Sarapan secara buffet disediakan selepas subuh.
Selalunya kami antara jemaah yang lambat juga sampai dewan makan sebab selalu tunggu laluan agak clear terlebih dahulu baru keluar MasjidilHaram.
Sementara menunggu pergerakan ke Arafah pada hari sebelum wukuf iaitu pada 19 Ogos 2018, aktiviti harian kami seperti berikut:
Pagi
*bertolak sejam awal ke MasjidilHaram sebelum Subuh iaitu lebih kurang jam 330pg
*solat sunat tahajjud/taubat/hajat/tasbih dll
*mengaji Al-quran & baca terjemahan
*subuh berjemaah
*balik hotel, sarapan
*rehat di bilik / cuci pakaian
Tengahari
*bertolak sejam awal ke MasjidilHaram sebelum Zuhur iaitu lebih kurang jam 11pg+
*solat sunat dhuha/hajat dll
*mengaji Al-quran & baca terjemahan
*Zuhur berjemaah
*balik hotel, makan tengahari
*rehat
Petang - malam
*bertolak 45min awal ke MasjidilHaram sebelum Asar iaitu lebih kurang jam 3ptg+
*mengaji Al-quran & baca terjemahan
*Asar berjemaah
*Tawaf sunat
*ronda-ronda MasjidilHaram (time ni la nak snap2 gambar buat kenangan) πŸ˜„
* Maghrib berjemaah
*Isyak berjemaah
*balik hotel, makan malam
*kuliyyah / revision haji di Dewan Makan
Debaran semakin memuncak bila hampir hari wukuf ...
bersambung

No comments: