Saturday, December 1, 2018

Perjalanan Haji 2018 Suhaimi & Suziyanti (Episod 6)

Perjalanan Haji 2018
Suhaimi & Suziyanti
(Episod 6)
Rabu 15/8/18
sambungan kami baru tiba di Mekah.
Allahuakbar gembiranya hati bila dapat melihat rumah Allah, tiba di tempat yang penuh barakah, tempat lahirnya Nabi Muhammad S.A.W, tempat diturunkan ayat-ayat suci Al-Quran dan pelbagai lagi sejarah tamadun Islam.
Bas kami tiba selepas waktu Isyak di Hotel Rayyana Ajyad Mekah. Berduyun-duyun dyufurrahman baru pulang dari MasjidilHaram.Dari pandangan mata terlihat jelas pintu/bangunan/lampu MasjidilHaram. Allahuakbar, terasa seperti nak berlari je menuju ke kaabah. Rindunyaaa...
Para jemaah bas kami dibawa makan ke tingkat "R" untuk makan malam. Selepas itu ke kaunter petugas Zahafiz di lobi untuk mengambil kunci bilik masing-masing. Jemaah ada yang ditempatkan di hotel-hotel lain seperti Mira Ajyad, Saraya Hotel, Malaq Hotel, Movenpick dll (mengikut pakej masing-masing).
Kami ditempatkan di Rayyana Ajyad Hotel. Suami bilik No. 504 dan saya bilik No. 507. Alhamdulillah dapat rezeki hotel yang selesa, jarak lebih kurang 300m, dapat ulang-alik solat jemaah 5 waktu πŸ˜.
Antara doa sebelum pergi haji ni penting kena doa banyak2 semoga dapat roomate yang baik2 ... nak dok sama-sama agak lama juga ... hehehe... Alhamdulillah roomates best! Terima kasih kak hajjah Ida, kak Nik dan Cik Timah ... seronok dalam bilik ada miss 30s, 40s, 50s & 60s tapi Alhamdulillah sefahaman πŸ˜˜πŸ˜˜πŸ˜˜πŸ˜˜
Masuk ke bilik sekejap dan terus bersiap pergi ke MasjidilHaram untuk selesaikan kerja umrah. Alhamdulillah sebelum subuh selesai tawaf, saie & tahallul. Maka terlepaslah 13 larangan ihram. Syukurrr, terus tunggu masuk waktu subuh.
"Fasabbrunnn jameeellll" (sabarrrr itu indah)


No comments: