Thursday, December 20, 2018

Perjalanan Haji 2018 Suhaimi & Suziyanti (Episod 12)

Perjalanan Haji 2018
Suhaimi & Suziyanti
(Episod 12)
Rabu 21/8/18 (11 Zulhijjah 1439H)
Solat Zuhur dan Asar seperti biasa berulang-alik ke MasjidilHaram.
Solat maghrib & isyak pula berkumpul di lobi dan terus bergerak dari Hotel Rayyana ke bus stop movenpick (di belakang clock tower)
Batu-batu untuk melontar jamrah (jamaratul ula, wusta dan kubro) diagihkan sementara menunggu bas Saptco merah untuk tukar bas sewa khas Zahafiz. Kami perlu ambil batu untuk lontaran 11 & 12 Zulhijjah. Jumlah batu yang perlu diambil sekurang-kurangnya 42 biji (7 biji x 3 jamrah x 2 hari).
Kemudian kami naik bas Saptco merah ke hentian bas Kuday. Jam 10mlm bas sewa khas tiba dan bergerak ke Mina.
Tiba di sana, seperti semalam kami diturunkan berhampiran terowong (King Fahd Road Tunnel) dan berjalan kaki menuju kompleks Jamrah. Kami diarahkan untuk menaiki eacalator dan pergi ke tingkat paling atas untuk melontar jamrah. Semalam di aras bawah sahaja. Alhamdulillah lebih kurang 1145mlm kami selesai melontar 3 jamarat (jamarat ula, wusta, kubro).
Selepas itu jemaah perlu bermabit di kawasan sekitar sehingga menjelang subuh esok pagi untuk melontar 3 jamarat lagi dan selesai Nafar Awwal.
Kali ini kami tak bawa bekalan makanan seperti semalam sebab dah merancang nak beli set Al-Baik 😁. Sementara bermabit boleh la menunggu beratur di Al-Baik. Lagi pun dah makan sebelum bertolak ke Mina.
Khamis 22/8/18 (12 Zulhijjah 1439H)
Pada tengah malam ni agak mengantuk yang extreme sebab betul-betul kena waktu tidur. Cari tempat strategik dan saya dapat tidur dengan nyenyak! Alhamdulillah, nikmat tidur semasa bermabit (tanpa dihalau polis 🤣). Sebelah kami jemaah arab wanita, ada anak2 comel sekali main-main dengan kami ... mereka berselawat/berzikir .. kita pun boleh join sekali ...
Apabila masuk waktu subuh, kami solat berjemaah di tepi jalan. Berhampiran laluan nak masuk naik escalator ke tempat melontar semalam.
Sesudah itu kami pun beramai-ramai pergi melontar melontar 3 jamarat (jamarat ula, wusta, kubro). Dan niat meninggalkan Mina pada musim haji tahun ini untuk Nafar Awal. Hati bercampur baur sebak gembira Alhamdulillah secara rasminya tamatlah sudah kerja haji kami. Syukur Allah permudahkan segala urusan ...

No comments: