Friday, December 21, 2018

Perjalanan Haji 2018 Suhaimi & Suziyanti (Episod 13)

Perjalanan Haji 2018
Suhaimi & Suziyanti
(Episod 13)
23 Ogos 2018 (12 Zulhijjah 1439H)
Alhamdulillah selesai nafar awal, secara rasminya dah tamat kerja haji kami pada musim ini. Perjalanan pulang ke mekah dengan menaiki bas sewa khas. Namun masih banyak jalan ditutup. Maka kami terpaksa diturunkan ditepi jalan menuruni bukit menuju ke hotel Rayyana. Kami lalu hotel Syohada (TH). Banyak juga kedai-kedai jualan di situ. Tak pernah lalu sebelum ni sebab di belakang kawasan hotel kami. (Jauh perjalanan boleh cuci mata ๐Ÿคฃ).
Kami singgah beli nasi baryani ayam (dan percuma roti) dan bersarapan bersama-sama di dewan makan. Tambah berselera bila makan bersama jemaah lain yang buka bekal sama-sama ๐Ÿ˜. Pekerja dewan makan pun baru mula jalankan tugas dan mula top-up bekalan untuk buat minuman panas.
Selesai bersarapan naik ke bilik dan mula operasi cuci pakaian ๐Ÿ˜…. Stok 4-5 hari tak cuci pakaian. Penuh jadual Masyair Haji (Mekah-Arafah-Mudzalifah-Mina). Rehat dan selepas itu seperti biasa ulang-alik ke masjidilharam untuk solat berjemaah.
Kuliah agama disambung dan diadakan selepas waktu Isyak /Makan malam di dewan makan. Antara topik utama selepas kerja haji ialah berkenaan "muhasabah haji". Ustaz Salehhuddin buat "flash back" semula kerja-kerja haji yang telah dilaksanakan. Semoga kita buat yang terbaik. Dan sekiranya ada melanggar larangan ihram boleh lah bertemu/berbincang dengan Ustaz untuk urusan membayar dam.
bersambung ...

No comments: