Sunday, December 23, 2018

Perjalanan Haji 2018 Suhaimi & Suziyanti (Episod 15 - memori I)

Perjalanan Haji 2018
Suhaimi & Suziyanti
(Episod 15 - memori I)
Jadual rutin kami di Makkah adalah ulang-alik ke masjidilharam pada waktu Subuh, Zuhur & Asar - Isyak.
Alhamdulillah, Allah maha mengasihi dengan rezeki saya yang tidak dapat berlama-lamaan di tanah haram sepanjang musim haji ini (hanya 26 hari sahaja kerana menggunakan pakej haji visa furada), jadual ABC saya tidak kena pada sepanjang tempoh di sana. Maka kami dapat memaksimumkan masa di masjidilharam dan umpama tertutup pula hati nak "melontar/tawaf kidai". Tapi saya sangat seronok melihat jemaah balik masjid bawak berbondong2 hasil tangkapan / membeli untuk insan tersayang di tanahair. Semoga diperluaskan rezeki mereka dapat menggembirakan orang lain/beri hadiah... Selalunya lepas asar tak balik hotel tetapi keluar masjid utk ke toilet atau jalan2 sekitar bin dawood nak beli makanan/minuman atau ronda2 dalam masjid shj. Dan masuk kembali ke masjid cepat2 risau petugas tutup akses ke ground floor atau first floor.
Pada 3 September 2018, sejurus solat maghrib, seperti biasa saya dan suami akan mencari "port lepak" sementara menunggu waktu solat isyak pula. Antara aktiviti yg dibuat ialah mengaji AlQuran, baca tafsir, discussion (almaklum bilik berasingan), hubungi anak2 guna video call WA atau IMO, check/update perkembangan terkini dll.
Tiba-tiba seorang makcik (dari pengenalan diri/beg kuning senang nak kenalpasti jemaah muasasah TH) datang bertegur-sapa dan bercerita dia dan suami baru lepas tawaf sunat, nak cari pintu 84 untuk keluar balik hotel Land Premium. Suami bagitau takpe lepas solat Isyak nanti boleh ikut kami. Kami pun pelawa duduk je dulu kat port kami ni. Makcik menolak dan maklumkan dia dah janji ngan pakcik kat tempat solat perempuan (dekat je situ). Saya pun ok je sambil keep on eyeing makcik dah duduk kat saf. Kelihatan sekejap2 mengurut kaki dan melihat2 kami sambil berwajah gelisah/kerisauan. Lebih kurang 15 minit kemudian saya pun duduk sebelah makcik. Makcik pun bersembang la bagitau lenguh kaki/penat (berjalan kaki dgn kudrat tua nya dari hotel ke masjid lebih kurang setengah jam dan tawaf ambil masa sejam lebih juga). Tak lama lepas tu azan isyak berkumandang.
Selesai solat isyak, solat jenazah & solat sunat ba'diah, kami pun ke arah suami yg sedang menunggu. Pakcik baru selesai solat di saf nya dan berdiri mencari isterinya. Suami menegur pakcik dan bagitau nak tunjukkan jalan pintu keluar. MasyaAllah kelihatan dia bersyukur dan hampir menitiskan airmata dan berkongsi cerita selepas solat tadi dia berdoa sungguh2 dapat bantuan Allah untuk pulang ke hotel.
Dalam perjalanan keluar masjid dengan meredah jemaah yang sangat ramai, bersambung tangan makcik memegang erat tangan saya dan pakcik sambung kepada suami. Alhamdulillah dapat keluar pintu yang dicari. Pakcik makcik sangat gembira, sehingga pakcik dah keluarkan duit riyal nak bagi upah. MasyaAllah pakcik makcik, tak perlu la upah2 kami pun nak keluar masjid juga balik ke hotel sama arah. Selepas itu kami pun berpisah menuju destinasi masing-masing. Semoga Allah kurniakan pakcik makcik kekuatan dan kesihatan yang baik.
Allahuakbar, bukannya memikirkan/nak bercerita kisah kami membantu jemaah lain ke apa tapi lebih muhasabah diri sendiri satu masa nanti kami pun akan tua (andai dipanjangkan umur), bagaimanalah keadaan kami masa tu. Masih kuatkah kudrat nak ulang-alik masjid seperti sekarang. Semakin bertambah syukur dengan nikmat Allah berikan sekarang. Allhamdulillah ðŸ’•

No comments: