Tuesday, December 25, 2018

Perjalanan Haji 2018 Suhaimi & Suziyanti (Episod 16 - memori II)

Perjalanan Haji 2018
Suhaimi & Suziyanti
(Episod 16 - memori II)
Hujan Rahmat
Alhamdulillah sepanjang 3 minggu di bumi makkah kami merasa 3 kali hujan. Pertama kali semasa di Arafah, hujan beserta ribut pasir.
Kali kedua kami di dalam masjidilharam. (lepas asar menunggu maghrib). Pada masa tu kami di mataf scooter (suka sangat view dari sini sebab agak "lengang" dan dapat lihat view penuh kaabah). Awalnya tak perasan pun hujan sebab di dalam bangunan, bila renung kaabah, masyaAllah kelihatan air hujan mencurah2 turun melalui pancur emas di atas kaabah ... Allahuakbar seronoknya dapat hujan apabila terasa sejuk di dalam keadaan cuaca yang sangat panas/kering berbanding di tanahair. Purata suhu di sana waktu subuh lebih kurang 35-36°c, tengahari pula menjangkau 49-50°c.
Kali ketiga selepas isyak. Selalunya selepas isyak kami bertolak lewat sedikit untuk mengelakkan "jammed" (jalan kaki pun jammed musim haji ni ๐Ÿคฃ). Tetapi hari tu awal sikit terus gerak balik hotel. Singgah toilet (WC) sebentar, keluar tu dah rasa angin kuat lain macam. Kami pun jalan beramai-ramai. Subhanallah merasa melayang-layang badan (walaupun tak berapa kurus๐Ÿ˜„). Kelihatan plastik/barang2 beterbangan. Allahuakbar, ribut pasir!. Kami terus berlari menuju ke hotel. Tak jauh.. tinggal 150m je tapi terasa beratnyaaa melangkah sbb dalam angin yg kuat (macam kita lari kat pasir tepi pantai). Terus masuk hotel dan kedengaran air hujan pun turun ... Alhamdulillah kami selamat tiba di hotel, terus naik tingkat "R" untuk ke dewan makan. Sampai atas terus ke tingkap, lihat ramai jemaah terperangkap dalam hujan, terpaksa berteduh di bawah flyover. Tak lama selepas itu hujan pun reda. Selepas makan terus naik bilik. Cuci telekung & pakaian. Bertukar warna pasir dah ๐Ÿ˜ƒ. Pengalaman bermakna sungguh. ๐ŸŒธ

No comments: