Saturday, December 22, 2018

Perjalanan Haji 2018 Suhaimi & Suziyanti (Episod 14 : Umrah & Ziarah Luar)

Perjalanan Haji 2018
Suhaimi & Suziyanti
(Episod 14 : Umrah & Ziarah Luar)
24 Ogos - 6 September 2018M @ Makkah Al Mukarramah
Selepas selesai kerja haji, barulah kami mengerjakan umrah sunat/badal umrah/niat pahala umrah utk arwah (arwah ibu bapa mertua/arwah kak ani/arwah datuk & nenek). Pihak TA (travel Agent) ada menyediakan bas/van untuk bermiqat dan boleh juga pergi sendiri menaiki taxi Ajrah atau pun bas Saptco.
Antara tempat bermiqat (niat umrah) pada musim haji ini (1439H):
-Qarnul Manazil (dalam pesawat dari Malaysia terus ke Makkah pada 15 Ogos 2018)
- Tan'iem
- Ji'ranah
- Hudaibiyah
28 Ogos 2018
Antara aktiviti ziarah luar iaitu melawat Muzium Haramain dan para jemaah yang ingin menunaikan umrah boleh terus bersiap sedia untuk berihram dan bermiqat di Masjid Hudaibiyah.
29 Ogos 18
Ziarah manasik haji
Jabal Tsur - Jabal Rahmah - arafah - mudzalifah - kompleks jamrat
Allahuakbar sayu hati melihat kembali tempat semua umat islam berkumpul mengerjakan fardhu haji pada minggu lepas. Terbayang-bayang suasana wukuf di Arafah, sebelum itu kejadian ribut pasir. Kemudian mabit di mudzalifah dan ulang-alik Mekah - Mina, melontar jamrah di kompleks Jamrah. Alhamdulillah syukur ya Allah atas segala nikmat yang kau berikan ya Allah. Semoga Allah terima kerja haji kami ...
Semoga kami diberi peluang untuk jadi tamu Allah lagi dan lagi hingga pengakhiran hayat kami ...
Selepas lawatan, kami di bawa untuk bermiqat di Ja'ranah.
Pada hari-hari seterusnya jemaah kebanyakan memilih untuk bermiqat di Masjid Tana'im kerana lokasinya yang paling hampir ke tanah halal di Makkah. Sekiranya menaiki taxi ajrah kos lebih kurang SAR50 atau bas merah saptco hanya SAR3.

No comments: