Wednesday, December 26, 2018

Perjalanan Haji 2018 Suhaimi & Suziyanti (Episod 17 Memori III)

<iframe src="https://www.facebook.com/plugins/post.php?href=https%3A%2F%2Fwww.facebook.com%2Fsuziyanti%2Fposts%2F10157462275538538&show_text=true&width=500" width="500" height="701" style="border:none;overflow:hidden" scrolling="no" frameborder="0" allowfullscreen="true" allow="autoplay; clipboard-write; encrypted-media; picture-in-picture; web-share"></iframe>

Perjalanan Haji 2018
Suhaimi & Suziyanti
(Episod 17 Memori III)
Dewan makan Hotel Rayyana Ajyad Makkah merupakan tempat merapatkan ukhwah sesama jemaah. Para tamu Allah yang menerima jemputanNya, hanya dengan keizinanNya kita dapat berkumpul di sini. Pelbagai kisah yang dikongsi bersama, di sebalik ketibaan jemaah menunaikan fardhu haji pada musim haji tahun ini (1439H).
Alhamdulillah dipertemukan dengan teman sebilik yang sangat baik. Masing-masing berbeza personaliti namun ada titik kesefahaman. Allah hadirkan kak hjh Ida jadi teman sebilik dapat mengubat sedikit kerinduan arwah kakak (satu-satunya kakak kandung yang telah meninggal dunia 2 tahun yang lalu. Karakter kak hjh Ida sgt sama dgn arwah kak ani. Sangat ceria dan macam2 cerita setiap hari yang akan dikongsi bersama. Kak hjh che timah, kak hjh nik dan saya pendengar setia ...hihihi... bilik No 507, Hotel Rayyana Ajyad
Teman sebilik suami pun baik-baik (Hj Tengku, Hj Ipin, & Hj Salim. Pasangan mereka (Hjh Pah, Hjh Nani & Hjh Siti) tinggal di bilik berhampiran, satu aras juga. Hj Ipin datang bersama Hjh Nani dan anak perempuan (Hjh Iffah & Hjh Abby). Hj Salim datang bersama isteri Hjh Siti dan kakak Hj Salim iaitu Hjh Timah. Hj Tengku (Ku Mie/Ayah Ku) kerap juga makan semeja dengan kami. Seronok dengar kisah dia dan kak hjh Pah membesarkan, mendidik anak-anak mereka. Sekarang anak-anak dah besar dan ada yang sudah berumahtangga. Tips yang sangat bermanfaat boleh la kami ikut dalam fasa membesarkan anak-anak ni. bilik No 504, Hotel Rayyana Ajyad
Selain teman-teman sebilik yang banyak berkongsi kisah suka duka di bumi yang penuh barakah, kami juga dipertemukan dengan insan hebat yang lain. Antaranya Hj Rossly dan Hjh Asmah. Kami sangat kagum dengan cara Hj Rossly yang sangat menjaga/melayan isterinya. Tutur katanya yang penuh kelembutan dan sopan-santun. Seronok juga bersembang dgn Hjh Asmah, macam2 kisah juga cerita perihal anak-anak dan rumahtangga. Rupanya Hj Rossly ni bekas juruterbang MAS. MasyaAllah sangat merendah diri orangnya.
Pasangan hebat lain ialah Hjh Nazvin dan Hj Ezuwan. Teringat pertemuan pertama di dewan makan. Pada malam itu kami agak lewat tiba di dewan makan. Selalu lewat juga tapi malam tu extra lewat sebab bertemu dengan sepupu kesayangan kak hjh Zureen. Bila sampai terus ambil makanan dan dapat meja berhampiran meja buffet. Kami baru mula makan dan ada kuliah agama. Sambil makan dapat la mendengar kuliah malam tu. Hjh Nazvin & suami pun baru tiba dan terus duduk di meja kami. Hanya nampak suaminya bertongkat. Selepas tamat kuliah kami pun bersembang. Subhanallah rupanya Hj Ezuwan kehilangan sebelah kakinya akibat kemalangan. Allahuakbar besar dugaan mereka sekeluarga.
Kami juga direzekikan bertemu dengan Hj Zainuddin dan Hjh Mazwin. Allahuakbar, rumah mereka berhampiran dengan kediaman kami juga dan yang paling istimewa kami sama-sama hadiri kursus haji di masjid An Nur Saujana Utama. Berkongsi rasa sedih bila rayuan haji TH tak berjaya namun masih berharap Allah menjemput menunaikan haji musim ini.
Pelbagai kisah sahabat haji yang lain (ramai lagi tak tercatat nama tapi ingat muka) seperti Hj Aziz dan Hjh Zunaidah, Hj Ibrahim dan Hjh Midah dan hj hjh yg lain ...Hj Fadli (jurugambar tak rasmi) , Hj Ali , Hjh Ima (Sarihat), Hjh Liza, Hjh Aloyah ... antara jemaah yang datang single (not available).
Alhamdulillah dapat bertemu di tanahair, 2 minggu selepas pulang kami ada menjemput sahabat2 ke majlis kesyukuran di rumah dan hari ini (21 Oktober 2018) dapat bertemu di majlis keraian yang dianjurkan oleh Dato Seri Zainal Abidin (Zahafiz Travel & Tours). Terubat sedikit kerinduan walaupun tak dapat sembang panjang ... semoga ada rezeki nnt kita jumpa lagi ðŸ’•

No comments: