Friday, April 24, 2020

Perjalanan Haji 2018 Suhaimi & Suziyanti (Episod 21)

Perjalanan Haji 2018
Suhaimi & Suziyanti
(Episod 21)
Ziarah Dalam - Masjid Nabawi, Madinah Al-Munawarrah
7 September 2018
Apabila menjejak kaki ke bumi madinah dan nampak Kubah Hijau, lampu-lampu serta payung masjid Al-Nabawi, hati terus tersentuh bercampur baur perasaan gembira, sebak, syahdu dll. Seakan terasa betapa dekatnya dengan jasad Rasulullah S.A.W ...Allahuakbar, Nabi Muhammad S.A.W yang kita pohon syafaatnya, kitalah umat akhir zaman.
TA ada sediakan jadual untuk ziarah dalam bersama mutawif namun jemaah boleh pergi sendiri juga mengikut kesesuaian masa masing-masing. Ziarah Dalam merangkumi ziarah maqam Rasulullah, maqam 2 sahabat (Sayyidina Abu Bakar dan Sayyidina Umar), Rawdhah dan perkuburan baqi'. Untuk ziarah maqam Rasulullah dan sahabat bagi jemaah lelaki boleh terus ikut pintu Babussalam. Selalunya kami pergi selepas subuh, suami akan masuk pintu babussalam dan saya melewati kawasan luarnya. Sambil menunggu dapat merenung kubah hijau sekitarnya. Allahuakbar sayunya dan bagai tidak percaya di bawahnya ada jasad Rasulullah s.a.w. Bersyukur atas nikmat Allah berikan telah mengurniakan dan mengutuskan Nabi Muhamaad S.A.W kepada kita. Moga Rasulullah "kenal" kami yang tidak pernah melupakannya. Di sini juga selepas subuh akan kelihatan ambulan-ambulan yang bawa jenazah keluar dari masjid ke tanah perkuburan Baqi'. Polis-polis sentiasa berlegar-legar juga dengan "buggy car" dan akan mengusir jemaah-jemaah yang kelihatan cuba membuat amalan2 yang mencurigakan seperti berkumpul beramai-ramai untuk berdoa/aminkan doa depan maqam - sepatutnya berdoa hanya kepada Allah w.w.t. Untuk ziarah Rawdhah - bagi jemaah lelaki sentiasa dibuka namun bagi jemaah wanita pula boleh masuk mengikut waktu yang ditetapkan.
Alhamdulillah dalam tempoh yang singkat di Madinah, dapat peluang tunaikan solat jumaat di Masjid Nabawi. Seawal jam 10pg dah bergerak ke masjid namun petugas dah tak benarkan masuk di bahagian muslimat. Tapi dah tau "tip & trick" nya (selain datang extra awal), saya bergerak solo dan tunggu kat tepi la bila ada mak arab "bergaduh-gaduh" nak jugak masuk nnt petugas pun bagi la diorang masuk, ikut je la diorg ðŸ˜‚ . Jalan dari hotel Sofara Al Eman akan melalui pintu 16 @ 17 untuk ke bahagian muslimat. Kawasan muslimat dalam masjid agak "limited" dan sesak sungguh di musim haji ni berbanding musim umrah. Untuk dapat tempat di kawasan dalam masjid perlu sampai di kawasan muslimat selewat-lewatnya sejam sebelum masuk waktu. Nak selesa lagi awal lagi bagus.

No comments: