Friday, July 30, 2021

Perjalanan Haji 2018 Suhaimi & Suziyanti (Episod 22)

Perjalanan Haji 2018
Suhaimi & Suziyanti
(Episod 22)
Allahuakbar ... maaf, lama sungguh ambil masa nak sambung cerita 😅. Alhamdulillah hari ni (20 November 2018) cuti umum di Malaysia sempena sambutan Maulidur Rasul. Selawat dan salam buat Nabi junjungan kita... Nabi Muhammad s.a.w.
Allah rindunya kami kepadamu kekasih Allah ...
Ziarah Luar Madinah (8 September 2018)
Selepas subuh & bersarapan pagi, kami berkumpul di hadapan hotel Sofaraa Alhuda untuk ziarah luar.
Destinasi pertama ialah menuju ke Masjid Quba. Masjid pertama yang dibina oleh Nabi Muhammad s.a.w semasa baginda baru berhijrah dari Mekah ke Madinah. Masjid Quba sangat istimewa, Nabi Muhammad semasa hayatnya akan menziarahi dan melakukan solat di sini pada setiap hari sabtu. Syukur ziarah kami kali ini jatuh pada hari sabtu. Ya, memang sangat padat para jemaah di Masjid Quba. Menurut Hadith Nabi yang diriwayatkan oleh Abu bin Sahl bin Hunayf radhiyallahu'anhum pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:
"Barangsiapa yang bersuci di rumahnya, kemudian pergi ke Masjid Quba, lalu ia bersolat di dalam masjid Quba, maka baginya pahala seperti pahala umrah" (HR Tirmidzi).
Selepas itu kami di bawa ke kebun Kurma Majed. Puaslah dapat merasa pelbagai jenis kurma. Kami melawat2 lepak di kebun belakang sahaja. Sambil menunggu haji hajjah yang lain.
Destinasi seterusnya ke Jabal Uhud. Menziarah maqam para syuhada yang syahid di peperangan Uhud.
Dalam perjalanan pulang melalui Masjid Qiblatain dan tempat peperangan khandak (Masjid Tujuh).
Selepas itu kami pulang ke hotel dan bersiap untuk solat zuhur di Masjid Nabawi.

No comments: