Friday, July 30, 2021

Perjalanan Haji 2018 Suhaimi & Suziyanti (Episod 26)

 Perjalanan Haji 2018

Suhaimi & Suziyanti
(Episod 26)
Apabila pulang ke tanahair, antara yang kami perlu tempuhi ialah "jet lag". Walaupun sebelum ni pernah tunai umrah, kami rasa jet lag tak lama macam balik haji (ambil masa 2-3 minggu juga untuk kembali normal). Maksudnya body clock masih ikut waktu saudi. Pukul 2-3 pagi tak boleh tidur lagi sebab di saudi baru lepas isyak. Bangun subuh pula masih waktu tidur di Saudi. Perbezaan waktu 5 jam bisa bikin haru biru juga jadual hidup. Perlu bangun awal juga sebab nak siapkan anak-anak sekolah. Kalau balik umrah, rasanya beberapa hari dah boleh recover semula. Mungkin sebab jangkamasa di sana tak selama tempoh pergi haji dan aktiviti tak sepadat musim haji.
Ada la hikmah nya saya pulang awal ni, cuti haji masih ada dan dapatlah dimanfaatkan sepenuhnya untuk urusan keluarga dan recovery jet lag. Mak abah dan adik dah balik ke kampung. Lama juga ditinggalkan kampung, rindu dah pokok bunga mak.
Jiran-jiran dan sahabat yang datang melawat saya dah pesan awal2 paling sesuai selepas jam 3 petang. Sebab waktu tu kira jadual kehidupan yang normal. Terima kasih semua yang sudi menyinggah rumah.
Alhamdulillah beberapa minggu selepas balik haji kami dapat berkumpul ahli keluarga, saudara-mara, jiran-jiran dan sahabat-handai yang berkelapangan memenuhi jemputan kenduri kesyukuran. Jutaan terima kasih atas kehadiran semua. Ada yang hadir @ tak dapat hadir siap mengirim pula buah tangan, macam2 kuih muih yang lazat. Syukran ... Ada juga yang datang dari jauh. Alhamdulillah. Hanya Allah jualah yang dapat membalas budi baik kalian.

No comments: