Monday, August 2, 2021

Perjalanan Haji 2018 Suhaimi & Suziyanti (Episod 27)

 Perjalanan Haji 2018

Suhaimi & Suziyanti
(Episod 27)
Untuk makluman semua, kami jemaah visa furada tidak dapat kemudahan menggunakan khidmat pengeluaran akaun bank Tabung Haji di kaunter TH (mekah/madinah) . Dan kami pun tak bawa wang tunai yang banyak sebab dah rancang untuk keluarkan guna mesin ATM di sana. Yang utama sebelum berangkat perlu aktifkan kad untuk pengeluaran di luar negara. Untuk pengeluaran wang tunai saya gunakan kad Maybank. Semasa di Mekah, TA ada membuka peluang kepada semua jemaah yang nak berinfaq/bersedekah (kerusi roda, AlQuran, kerusi lipat) dan saya ada war-warkan kepada yang berminat, mereka terus transfer ke akaun Maybank dan saya keluarkan di Mekah (keluar note riyal). Ada juga yang nak bersedekah makanan minuman kepada para sabil. Jangan risau, mesin ATM di sana sangat banyak, terutamanya di sekitar bangunan clock tower. Caj pengeluaran RM12 (bank lain caj berbeza) untuk sekali transaksi. Sekiranya ada kad ATM AlRajhi pun lebih bagus, mmg banyakkkk mesin ATM nya, tak pasti caj pengeluarannya.
Cara nak aktifkan pengeluaran di luar negara:
Maybank2u
1. sebelum login, tukar view "Back to the classic Maybank2u"
2. login seperti biasa dan ikuti langkah seperti dalam gambar

https://www.facebook.com/suziyanti/posts/10157762406003538

No comments: