Tuesday, October 23, 2018

Perjalanan Haji 1439H/2018M Suhaimi & Suziyanti (Episod 1)


Image may contain: 1 person, smiling, text

Assalamualaikum,

*Persediaan menunaikan ibadah haji
Daftar haji (TH) - 2011
Giliran haji - 2039
Rayuan haji - 2016, 2017 & 2018
Umrah - 2012 (suami), 2014 (suami & isteri), 2017 (suami & isteri)
Kursus haji bersiri- setiap ahad 9pg-12tghari, Januari - April 2018

Hati tambah berkobar-kobar nak pergi tunai haji bila join kursus haji bersiri kat taman perumahan. Semangat buat rayuan muasasah Tabung Haji (TH) sejak 3 tahun lepas, kecewa juga la rayuan tak berjaya. Pada tahun ini, boleh dikatakan sangat kerap kami buat follow up dgn TH. Kekerapan dimulakan dengan setiap bulan, lepas tu setiap minggu suami akan hubungi call centre TH dan saya akan email bertanyakan status rayuan. Jawapan yang sama juga kami dapat iaitu tunggu hingga akhir ramadan. Sekiranya tidak dapat makluman/panggilan maka rayuan tidak berjaya. Namun begitu, sehingga mula penerbangan haji pun kami masih hubungi TH. Tahniah atas kesabaran staf TH melayan panggilan dan email, jawapan tetap "standard" .
Sampai lah minggu sebelum penerbangan akhir (6/8/18, Isnin) dpt message telegram ada kekosongan tempat untuk jemaah haji visa furada kat TA Zahafiz...
Apa itu visa furada? Visa furada ialah kuota visa tambahan yang diberi oleh Kerajaan Arab Saudi kepada individu/travel agent. Ada yang panggil kuota menteri, VVIP dsbnya, kami kenal menteri tapi menteri tak kenal kami ... hihihi ... Segala urusan haji adalah berhubung terus dengan kerajaan Arab Saudi. Tiada kaitan dengan kuota TH (tidak menggangu giliran daftar haji). Kami tak dapat segala kemudahan yang disediakan oleh TH untuk jemaah nya seperti perkhidmatan klinik / pengeluaran duit dll. Kos? publish rate pada tahun ini lebih kurang RM44k+ hingga mencecah ratusan ribu, namun begitu tertakluk kepada pilihan pakej TA, ada yang bagi diskaun/ditaja sebahagian kos oleh tuanpunya TA/individu ..Alhamdulillah rezeki masing-masing.
Petang isnin (6/8/18) tu suami call, staf Zahafiz kata datang je bawak passport. Tak tidur malam bermesyuarat suami isteri ๐Ÿ˜‚. Teringat ustaz kata, tengok ada tak aset ke harta kita yang berlebihan ... sila lah gunakan utk perbelanjaan pergi haji ... Allah akan gantikan yang lebih banyak ...Congak2 .. ok insyaAllah .. jom kita p hantar dokumen esok!
Selasa pagi (7/8/18) lebih kurang 11:30pg pergilah kami ke HQ Zahafiz di Shah Alam dengan kereta berasingan kerana saya ke kampus SA terlebih dahulu. Suami dari rumah, sebelum tu uruskan pengeluaran simpanan/cairkan aset apa yang patut.. bawak je la passport (dan standby fail dokumen peribadi)... rupanya kena ada dokumen lain mcm salinan sijil nikah yg disahkan, kad suntikan, gambar ๐Ÿ˜„ ... semua dokumen kena ada sebelum pukul 2pm sbb nak p hantar ke kedutaan Arab Saudi. Ok berpecah, isteri balik rumah (perjalanan sehala 45 min) ambil kad suntikan (sebab isteri ada kuasa magik tau di mana lokasi kad itu ๐Ÿคฃ). Suami ke pejabat JAIS untuk sahkan sijil nikah. Alhamdulillah 130pm sampai semula di pejabat Zahafiz. Staf Zahafiz terus serahkan surat penerbangan untuk urusan cuti dsbgnya. Terus hubungi boss maklumkan ingin memohon cuti haji. Pada masa yang sama memohon juga cuti secara online. Borang manual isi & hantar keesokan harinya.
Jumaat 10/8/18 dapat makluman visa lulus. Lepas maghrib, staf Zahafiz hubungi dan maklumkan ada kekosongan untuk penerbangan ahad kerana ada permohonan lain belum lulus. Kami terpaksa tolak dan ikut jadual asal penerbangan pada rabu (15/8/18). Kalutlah tak dpt g ahad sbb isnin saya kerja lagi, parent & adik pun belum sampai dari kg. Nak handover keje lg. Petang jumaat tu baru singgah ke pejabat HR untuk serahkan surat cuti haji.
Sabtu 11/8/18 ada kursus & taklimat keberangkatan di HQ Zahafiz. Tamat sehingga sebelum asar. Selesaikan semua bayaran pakej haji, pakej ulang-alik semasa masyaer haji dan bayaran dam haji tamattuk. Dapat beg Zahafiz beserta kain ihram (suami) dan telekung (isteri). Singgah sebentar ke kedai haji umrah untuk beli sedikit barangan. Selebihnya recycle je guna yang sedia ada.
Ahad 12/8/18 misi menyiapkan beg untuk berangkat. Anak-anak di bawah jagaan mak dan abah. Semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik buat kedua ibu bapaku. Anak-anak (Sarah - 13 tahun, Syimir - 10 tahun, Syabil - 8 tahun & Aisya - 5 tahun) telah dipersiapkan mental dan fizikal. Mereka dah dimaklumkan mama dan ayah akan pergi haji sejak beberapa tahun yang lalu. Aisya selalu ikut kami berkursus haji setiap minggu. Dia pun suka nak ikut sebab ada makan dan minum katanya..hihihi .. semasa kursus ada rehat minum pagi. Pihak masjid ada menyediakan jamuan ringan dan ada jemaah yang selalu bersedekah makanan juga. Umpama mimpi dalam mimpi dapat tunai haji pada tahun ini. Kami bersyukur ya Allah atas segala kurniaanmu ...
bersambung ...


Image may contain: skyscraper, sky and outdoor


Image may contain: 1 person, indoor

No comments: