Tuesday, November 27, 2018

Perjalanan Haji 2018 Suhaimi & Suziyanti (Episod 2)

Perjalanan Haji 2018
Suhaimi & Suziyanti
(Episod 2)
sambungan ...
Ahad 12/8/18
Petang ahad, kami menerima kunjungan daripada sepupu Azri Salleh Jr. & isteri (Ain). Malam pula banglong Idham Abdul Rahman & kaklong Amirah Nazah Tayeb datang berkongsi kisah haji mereka. Sumber inspirasi buat adik-adik untuk tunai haji semasa usia muda.
Isnin 13/8/18
Saya masih ke pejabat untuk urusan handover kerja sementara saya bercuti haji. Sekurang-kurangnya diharap semasa ketiadaan saya nanti tidak menyusahkan orang lain. Risau juga bagi notis pendek. Terima kasih kepada Dekan PM Dr Haslinda San, Timbalan Dekan PM Dr Syufiza Shukor, PM Dr Salyani Osman, Ketua Jabatan Dr Hema Subramaniam dan rakan sekerja. Boss auditor ISO EOMS, Dr Hashimah Ismail, PM Dr Aza Azlina . Team geran kinect IC Fairuz Rauf ketua SIG madam Nur Amlya, team geran Tahfiz Suhana Sharudin, team geran BDA MadamRoziyani Setik, kekanda phd Marliza Abdul Malik dll. Terima kasih juga kepada pn Hanan Zakariayang membantu urusan cuti saya. Dan ramai lagi yang tak tertagged. Semoga Allah permudahkan urusan kalian.
Tengahari isnin, mak, abah & adik sampai dari kampung. Perancangan awal, anak-anak bersekolah minggu ni. dan minggu depan akan balik kg cuti sekolah + raya haji.
Malam kami terima tamu yang datang ziarah. Terima kasih jiranku kak Mazrina Ariffin, mem Norkumalasari Mat Zin, kak Azue Aisyah, kak Faizah Abdul WahabIjan IjanSuazlan Mt Aznam dan sepupuku kak mai & abg kamal.
Malam itu juga dapat call & disusuli message oleh petugas Zahafiz maklumkan jadual penerbangan. Rupanya makin awal jadual, perlu bertolak ke Kompleks TH esok!
Tarikh Berkumpul : 14/08/2018 (Selasa)
Waktu Berkumpul : 9 Malam
Tempat Berkumpul : Tiang 25 & 26 Kawasan Anjung Tinjau Kompleks TH Sepang (Hotel Movenpick)
Tarikh Penerbangan : 15/08/2018 (Rabu)
Waktu Penerbangan : 4.10 Pagi
No Penerbangan : MH8186
Selasa 14/8/18
Sebelum bertolak ke kompleks TH, menerima kunjungan dari jiranku memi Ila MyKhalishRill MyKhalish, kak Wan Fazwin, kak Ani Zainal AbidinEmma Maria HafidzaCk Yans, kak Marshita & abg Zack.
Sahabat fakulti PM Dr Haslinda San, PM Dr Syufiza Shukor, Dr Salyani Osman, kak Rohaya Abu Hassan, adiktwin Siti Fatimah Omar, pn kem Nahdatul Akma Ahmad, kak lijj.
Lebih kurang jam 7 ptg kami bertolak ke kompleks TH dihantar oleh adik. Anak-anak ok shj, tinggal di rumah. Solat jamak maghrib isyak di hentian Elmina, Guthrie. Tiba di Kompleks TH lebih kurang jam 9 malam. Petugas Zahafiz sedang setup meja pendaftaran. Kami perlu berkumpul di Tiang 25 & 26. Teruja dengan bangunan baru TH yang baru beroperasi tahun ini. Alhamdulillah rezeki kami, sepatutnya pemegang visa furada terus ke KLIA untuk check-in tetapi kami berpeluang menjalani proses seperti jemaah TH. Syukur ya Allah atas nikmatmu.
Adik beradik suami datang meraikan keberangkatan kami. Terima kasih banglong, kaklong, kakngah Suhaila Abdul Rahman & suami Razaidi Rahim. Doa dari kejauhan adik beradik yang lain, ngah Amy Suhaimi dan Muzammel Abd Rahman, dr Rusmawati Amsan dan acu Syuhada ARahman. Turut meraikan jiran lama kami tn Sofi Samuri.
Debaran semakin terasa ...
bersambung ... 😄

No comments: