Wednesday, November 28, 2018

Perjalanan Haji 2018 Suhaimi & Suziyanti (Episod 3)

Perjalanan Haji 2018
Suhaimi & Suziyanti
(Episod 3)
sambungan ...
Selasa 14/8/18 - Rabu 15/8/18
Kami berkumpul di Kompleks Tabung Haji, Sepang. Petugas Zahafiz mengagihkan tag & beg kain yang berisi tentatif ringkas semasa masyaer haji serta air mineral, roti & gula2
Taklimat oleh Dato Seri Zainal Abidin (Zahafiz Travel & Tours) pada jam 1030mlm.
Selepas itu lebih kurang jam 1130mlm kami masuk ke balai berlepas. Menerima passport, tiket penerbangan dan transit pass (untuk menaiki bas ke klia). Selepas itu proses imbasan 10 jari dan terus ke dewan menunggu dalam balai berlepas. Sementara menunggu jemaah lain melalui proses imbasan 10 jari, ada dijual makanan dan minuman di luar dewan menunggu.
Selesai semua jemaah melepasi proses imbasan 10 jari, taklimat dlm balai berlepas dijalankan. Selalu tengok fb live TH sahaja ...๐Ÿ˜ข
Setelah tamat taklimat, jemaah dipanggil baris demi baris untuk menaiki bas ke klia. Allahuakbar, syahdu rasa dapat nikmat naik bas konvoi ke KLIA diiringi oleh polis trafik. Kalau tak silap ada 9-10 buah bas berkonvoi. Terasa sangat istimewa terima jemputan Allah ... para dyufurrahnan ...
Setibanya di KLIA kami terus dibawa ke gate menunggu kapalterbang. Di sini la ada kelainan sedikit dengan jemaah TH. Walaupun telah melalui imbasan 10 jari / pre-authorization, kami jemaah haji visa furada masih perlu melepasi proses di immigration Saudi di Jeddah Airport nanti. Sambil menunggu kapalterbang, boleh melawat kaunter (meja) staf bank islam untuk tukar duit riyal. ๐Ÿ˜ƒ
Lebih kurang jam 5 pagi waktu Malaysia kami berlepas dari Kuala Lumpur (KUL) ke Jeddah (JED). Jemaah semua telah siap berihram, dan perlu bermiqat niat umrah (bagi yang buat Haji Tamattuk) atau niat Haji (bagi yang buat Haji Ifrad) di Qarnul Manazil. Lebih kurang sejam sebelum tiba di Jeddah, pilot akan buat pengumuman telah tiba di Qarnul Manazil. Sekiranya jemaah risau tertidur, eloklah niat siap2 sebelum tido dalam kapal tu. Bermulalah 13 larangan ihram untuk umrah wajib haji kami.
Di sebelah kerusi saya, kak Salamah. Jemaah visa furada tetapi travel agent lain. Datang seorang diri kerana suaminya telah menunaikan fardhu haji. Sangat merendah diri orangnya. Pada mulanya kelihatan dia seperti kekok dalam kapalterbang. Sehinggakan bertanya kepada saya bagaimana nak ketatkan tali keselamatan dan dia maklumkan dia orang kampung. Tapi bila bersembang lama-lama terkeluar cerita Maybank2u. Saya mengagak bukan calang-calang orang kampung ni. ๐Ÿ˜„. Rupanya kak Sal ni pesara guru.
Alhamdulillah penerbangan lebih kurang 8 jam berjalan lancar.
bersambung ...

No comments: