Thursday, November 29, 2018

Perjalanan Haji 2018 Suhaimi & Suziyanti (Episod 4)

Perjalanan Haji 2018
Suhaimi & Suziyanti
(Episod 4)
selingan sebelum sambung kisah haji kami
Ada sahabat yang bertanya, apa beza Visa Haji Furada dengan Visa Haji menggunakan perkhidmatan Travel Agent (TA) ataupun Tabung Haji (TH)?
Saya cuba jawab dengan ayat/kefahaman saya ye. Setiap negara dapat kuota haji dari kerajaan Arab Saudi. Kiraannya adalah 0.1% dari jumlah penduduk negara tersebut. Kuota rasmi bagi negara Malaysia pada tahun ini ialah 30,200. Pada tahun lepas pun sama, kedengaran ada juga kuota tambahan bagi jemaah TH. Tahun-tahun sebelumnya kuota dikurangkan kerana sedang dalam fasa renovasi/pembesaran MasjidilHaram. Bakal haji (BH) yang terpilih mengikut sistem giliran pendaftaran boleh memilih samada menggunakan pakej haji muasasah TH (kos selepas subsidi ialah RM9980) atau pun pakej haji swasta (harga tertakluk kepada pilihan pakej seperti saya lampirkan contoh flyers/iklan pakej haji yang boleh didapati secara online). Semua jemaah ini adalah termasuk dalam kuota haji TH. BH dapat menggunakan segala kemudahan yang ditawarkan oleh TH.
Jemaah haji visa furada pula di bawah kuota haji tambahan kerajaan Arab Saudi yang diberikan kepada individu/travel agent. Tidak berkaitan dengan kuota haji rasmi yang diberi kepada negara-negara dan tidak mengganggu giliran daftar haji kita di TH. Koslebih tinggi dan jangkamasa di Mekah/Madinah adalah lebih singkat (<30 hari) berbanding jemaah haji TH (>40 hari).
Yang penting pastikan Travel Agent adalah dalam senarai/diluluskan oleh TH. Boleh terus hubungi TA untuk mengetahui lebih lanjut kos dan pakej yang ditawarkan.
PENGELOLA JEMAAH HAJI (PJH) 1439H
PERKHIDMATAN PAKEJ HAJI MUSIM HAJI 1439H/2018M

No comments: