Friday, November 30, 2018

Perjalanan Haji 2018 Suhaimi & Suziyanti (Episod 5)

Perjalanan Haji 2018
Suhaimi & Suziyanti
(Episod 5)
Rabu 15/8/18
Antara perbezaan jemaah TH dan jemaah visa furada ialah proses pre-authorization jemaah TH selesai di Malaysia. Sejurus tiba di airport Jeddah, jemaah terus dibawa ke hotel. Tak perlu melalui proses imigresen Saudi sebab semua dah buat di Malaysia. Alhamdulillah, kemudahan bagi jemaah TH Malaysia.
Bagi kami jemaah visa furada panjang lagi kisahnya πŸ˜„. Kami tiba di Jeddah pada pukul 8pg waktu Mekah. Perbezaan waktu Malaysia dan Mekah ialah 5 jam. 8pg Mekah bersamaan 1ptg Malaysia. Seperti biasa bas transit akan mengambil jemaah dari kapal terbang dan bawa ke terminal haji. Namun begitu, hanya sebahagian sahaja jemaah yang dah turun. Kami masih menunggu ketibaan bas transit yang tidak kunjung tiba. Agak lama juga kami perlu menunggu. Pilot dan pramugari pun pelik juga. Tidak pernah berlaku. Melalui pengalaman umrah yang lalu, kami turun flight di sini pun tak pernah terjadi kes bas transit yang delay. Selalunya bas transit laju je ulang-alik ambil hantar jemaah. Melihat jemaah dah resah gelisah menunggu di jadapan pintu keluar, pramugari menjemput jemaah yang nak ronda-ronda kapalterbang dipersilakan. Boleh duduk menunggu di seat bussiness class mahupun guna toilet VIP. Kapalterbang A380 ni jenis besar, 2 tingkat. Sempat la saya "merayau" ke toilet VIP di tingkat atas sebab toilet bawah penuh πŸ˜… ... agaknya inilah "rezeki" dapat melihat/menggunakan toilet mewah. Saiz keluasannya 2-3 kali ganda saiz toilet economy class πŸ˜„.
Sempat juga bersembang dengan jemaah lain/TA lain . MasyaAllah ramai rupanya tinggal di kejiranan yang berhampiran.
Setelah menunggu lebih setengah jam, akhirnya bas transit tiba. Kami dibawa ke bilik tamu VIP. Allahuakbar, tak pernah lagi dapat layanan istimewa begini. Syukur Alhamdulillah, selepas itu terus melalui kaunter imigresen. Sangat lancar dan seterusnya ambil bagasi masing-masing.
Keluar dari balai ketibaan, kami perlu serahkan passport kepada petugas Zahafiz untuk urusan pendaftaran/bayaran menaiki bas oleh muasasah Saudi. Antara ujian kesabaran & penantian.Kami tidur, bangun tidur di kerusi menunggu. Masuk waktu Zuhur terus solat jamak sekali Asar. Kumpulan jemaah kami menunggu lebih kurang 4-5 jam untuk menaiki bas dari Jeddah ke Mekah. Passport keluar sedikit demi sedikit. Jemaah dah keletihan, perjalanan sejak semalam (hampir 24 jam). Dah naik bas terpaksa menunggu lagi lebih sejam. Tetapi syukur dalam bas ada aircond & charger usb πŸ˜….
Perjalanan ke Mekah dari airport Jeddah hanya lebih kurang sejam sahaja, tetapi perlu berhenti sebentar di checkpoint pilgrim untuk urusan passport dengan muasasah. Dapat air zamzam botol kecil. Alhamdulillah ...
Kami masuk Mekah hampir waktu maghrib maka terpaksa menunggu dalam bas sehingga isyak kerana jalan tutup ke hotel.


Image may contain: airplane, sky and outdoor

Image may contain: one or more people

No automatic alt text available.

Image may contain: indoor

Image may contain: one or more people

No comments: